Latar Belakang
Larangan operasi pusat-pusat hiburan – karaoke, pub, disko dan persembahan terbuka- pada bulan Ramadhan tiba-tiba menjadi isu besa(Isunya Klik Sini)Akhbarr berbahasa cina memainkan isu ini sejak 5-6 hari lalu apabila pengusaha pusat hiburan tidak diberi lesen operasi pada bulan Ramadhan, khususnya di Pejabat Daerah Kota Setar.
polisi ini sudah wujud sejak 14 tahun lalu, cuma penguatkuasaannya tidak menyeluruh. Sejak tahun 1997, pada bulan Ramadhan Kedah tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan, termasuk pada malam Jumaat sepanjang tahun. Malah lama sebelum itu, rakyat Kedah sudah akur dengan peraturan itu. Semasa industri hiburan belum berkembang pesat, hanya ada panggung wayang, persembahan nyanyian di rumah-rumah kenduri, expo dan di funfair, joget, mak yong dan wayang kulit, masyarakat sangat menghormati bulan Ramadhan dengan memberhentikan aktiviti seumpama itu.
Apabila industri hiburan berkembang dan mencetuskan kesan sampingan yang membimbangkan, diadakan pertemuan Pegawai-Pegawai Daerah yang bertanggungjawab memberi kelulusan lesen hiburan bagi mengetasi kesan industri itu yang kian membentuk budaya baru masyarakat. Persetujuan dicapai pada tahun 1997 untuk memberhentikan pemberian lesen pada bulan Ramadhan, bulan suci umat Islam. Namun, penguatkuasaannya tidak menyeluruh ke semua daerah.
Sejak kebelakangan ini, budaya berhibur terutama di kalangan muda mudi diterima umum sebagai antara penyumbang berbagai-bagai gejala. Maka pada tahun ini, perbincangan diadakan semula untuk mengkaji langkah-langkah membendung kegiatan ini, terutama di bulan Ramadhan. Maka satu kertas cadangan diangkat untuk dibentangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan telah diluluskan.
Larangan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadhan meliputi pusat karaoke, disko, pub dan persembahan terbuka yang boleh diakses dengan mudah oleh masyarakat awam seperti di restoren dan coffe house. Manakala pusat rekreasi seperti snooker, billiard, cyber cafe dan bowling dibenarkan. Persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam dibenarkan dengan pertimbangan Pegawai Daerah.
Tentangan
MCA paling lantang menentang melalui kenyataan di media dan menghasut masyarakat bukan Islam dengan dakwaan bahawa kerajaan sedang menghalang hak asasi masyarakat bukan Islam. Peluru ditabur dengan menuduh DAP bersekongkol menafikan hak bukan Islam di Kedah. Wakil rakyat DAP juga kepanasan dan mula bersuara. Ada wakil rakyat DAP dari negeri lain yang meminta seorang pimpinan PAS menemui YAB Ustaz Azizan untuk menarik balik larangan ini. Ini langkah extreme dan tidak selari dengan semangat Pakatan Rakyat (PR) katanya.
Kes ini hampir sama dengan reaksi ketika kerajaan merobohkan pusat sembelihan khinzir tanpa lesen di Kampung Berjaya sedikit masa lalu. Saya percaya hasutan ini akan terus berkembang dengan tuduhan yang lebih berat kepada kerajaan, dan akan mendapat sokongan semua parti dalam Barisan Nasional. Sikap diam tanpa menyokong langkah kerajaan ini patut dikira sebagai menyebelahi penghasut.
Alasan lain ialah mereka perlu membayar sewa bangunan dan bil-bil pusat itu, dan larangan ini baagaikan menutup periuk nasi pengusaha terbabit di bulan Ramadhan.
Rasional
1. Hakikat yang harus diterima ialah majoriti pengunjung pusat-pusat hiburan adalah orang Melayu Islam. Kalau MCA dan parti-parti yang mewakili masyarakat bukan Islam mendakwa kerajaan harus menghormati hak mereka, mereka juga sewajarnya menghormati hak umat Islam, terutama menghormati kesucian bulan Ramadhan yang sangat istimewa bagi umat Islam. Bulan ini adalah waktu umat Islam memfokus kepada kegiatan ibadat dan menjauhi perkara-perkara yang merosakkan ibadat. Kerajaan bertanggungjawab membentuk environment yang sesuai dengan suasana itu. Jika mereka meminta kita menghormati hak mereka, hak dan perasaan umat Islam serta tanggungjawab kerajaan kepada mereka pula bagaimana?
2. Negeri ini didiami oleh 2.1 juta orang, 1.8 juta orang adalah umat Islam, 300 ribu lagi bukan Islam. Jika kerajaan diminta menjaga kepentingan 300 ribu orang, bagaimana kepentingan 1.8 juta orang lagi? Parti politik tidak sepatutnya hanya menjadi jurucakap tauke-tauke, tetapi harus juga bertanggungjawab kepada keseluruhan rakyat berbilang kaum dan agama. Jika kita diminta menghormati budaya dan adat masyarakat bukan Islam untuk menjadi sebuah kerajaan yang baik dan adil, mereka juga harus menerima sikap itu kepada umat Islam.
3. Adakah menyertai PR bermaksud umat dan pemimpin Islam mesti sentiasa mengalah demi menjaga hati dan hak masyarakat bukan Islam? Bukankah satu deklarasi telah dipersetujui dan tandatangani bahawa PR menerima Islam sebagai Agama Rasmi Negara ini, dan kebebasan mengamalkan tuntutan agama dijunjung oleh semua. Mengawal kegiatan yang membawa keruntuhan kehidupan beragama di kalangan umat Islam adalah intipati ajaran Islam sebagai Agama Rasmi dan satu kewajipan yang dituntut oleh Islam, terutama kepada pemerintah. Ini wajib difahami oleh semua parti dalam PR dan dalam BN sekalipun.
4. Mereka mendakwa langkah ini memberi peluru percuma kepada MCA dan parti lain membunuh DAP. Soalan saya pula, jika larangan sejak 1997 ini ditarik balik, bukankah itu juga peluru meriam bagi UMNO? Dalam melaksanakan tuntutan Islam kepada pemerintah, alasan kesan politik seperti ini tidak boleh dipertimbangkan lagi.
5. Kelantan yang diperintah oleh PAS juga telah melaksanakan polisi ini sejak 20 tahun lalu, dan masih berlanjutan hingga ke hari ini. Mengapa MCA Kelantan tidak melompat seperti di Kedah. Kenapa MCA tidak meghasut masyarakat siam yang ramai di negeri itu untuk memberontak? Jelaslah bantahan dan tentangan ini bukan berasaskan hak asasi, ketidakadilan kerajaan atau tuntutan supaya menghormati budaya masyarakat bukan Islam. Bantahan ini berteraskan kepentingan politik MCA dan BN. Cuma di Kedah, racunnya juga meresap ke dalam DAP.
Ustaz Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas. Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai!
dipetik dari blog setpol MB Kedah
No comments:
Post a Comment