Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Friday, 31 August 2012

Sebarkan fikrah pimpinan, bukan fikrah peribadi

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Ahli parti perlu menyebarkan fikrah pimpinan dan bukannya fikrah diri sendiri, demikian teguran Ketua Penerangan PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor kepada ahli PAS yang memiliki akaun media baharu.

“Ya, kita ada fikrah kita sendiri. Tetapi sebagai orang yang duduk di dalam jamaah, duduk dalam parti, parti ini dikawal dan dikendalikan dengan fikrah pimpinan, bukan fikrah ahli.

“Ahli kena turut pimpinan dan sebarkan. Ada arahan boleh disiarkan secara terbuka, yang tidak boleh disiarkan secara terbuka kena guna saluran ditentukan,” ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.

Menurutnya, setiap pemilik media baharu adalah seperti pemilik syarikat akhbar persendirian di mana diri mereka juga berorganisasi tetapi tidak terikat dengan organisasi.

Manakala katanya, mereka yang terikat dengan organisasi parti pula boleh kawal, diarah dan diberitahu akan kehendak parti dan panduan penyiaran.

“Masalah dihadapi apabila mereka yang tidak terikat dengan organisasi parti tetapi bercakap seolah-olah mewakili organisasi parti, mewakili suara parti atau nak beri input juga mengenai parti tetapi dengan cara terbuka.

“Ini masalah dihadapi apabila pandangan umum yang tidak terikat dengan organisasi parti ini mendesak kita untuk menerima pandangan mereka.

“Mungkin ada perekayasaan baru dalam parti bagaimana ahli dapat menyalurkan pandangan dan dimasukkan dalam perlembangaan bahawa pandangan melalui facebook itu diambil kira. Ini jangkamasa panjang mungkin boleh berlaku.

“Tetapi pada masa sekarang kita tidak boleh melayani semua pandangan yang dilontarkan melalui penerbitan milik sendiri ini,” jelas beliau.

Katanya, pihak Lajnah Penerangan PAS Negeri merakamkan penghargaan atas usaha mereka yang membantu menyebarkan maklumat parti selama ini.

Ujarnya, disebab akaun itu adalah milik sendiri, maka pahala juga akan dapat sendiri, tetapi dosa juga boleh dapat dengan menyebarkan fitnah.

Demikian itu nasihatnya, elak berita tidak benar tetapi sensasi kerana ramai orang teruja dan suka berita sensasi sedangkan berita itu tidak benar.

Beliau juga mengingatkan agar tidak membuat akaun palsu dengan menggunakan nama dan jawatan orang lain untuk memberi propaganda sesat dan mengelirukan orang ramai.


No comments:

Post a Comment