Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday 3 February 2013

Pembohongan TV3 dibidas



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dakwaan TV3 kononnya Kerajaan Negeri Kedah mengabaikan Sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) adalah suatu pembohongan, demikian tegas Pengerusi Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA), Ustaz Ahmad Yahaya.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak pernah menafikan hak SAR, sebaliknya lebih prihatin dan mengambil berat berbanding pemerintah sebelum ini.

“Kerajaan negeri kini adalah pemerintah yang berusaha bersungguh-sungguh membantu sekolah-sekolah agama dan sebelum dapat memerintah Kedah pun sudah berusaha ke arah itu.

“Selepas pentadbiran Kedah berubah, sekolah-sekolah SAR disatukan di bawah HESA sejak April 2008 di mana terdapat 71 buah sekolah di bawahnya. Sekolah-sekolah ini sudah mendapat kira-kira RM4 juta selama empat tahun kerajaan negeri kini memerintah Kedah,” ujarnya pada satu temubual di Wisma Darul Aman, di sini 27 Disember lalu.

Beliau turut menyangkal dakwaan bahawa Sekolah Agama Taufikiah Khairiah al-Halimiah, Padang Lumat atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya tidak mendapat satu sen pun daripada kerajaan negeri.

Tegasnya, dakwaan itu adalah suatu penipuan kerana sekolah tersebut menerima bantuan gaji dari Majlis Agama Negeri Kedah untuk gurunya pada tahun ini sahaja berjumlah RM196,748.88.

Sebaliknya ujar Ahmad, Kerajaan Persekutuan yang gagal melunaskan janji apabila tidak memberikan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah sebagaimana diumumkan Perdana Menteri pada pembentangan bajet tahun lalu. 

“Namun, janji itu tidak ditepati kerana seramai 5,048 pelajar dari 28 sekolah di bawah HESA di Kedah dinafikan hak mereka oleh Kerajaan Pusat.

“Akhirnya, atas rasa tanggungjawab, kerajaan negeri menghulurkan sebanyak RM100 kepada semua pelajar yang dianaktirikan oleh kerajaan pusat ini di mana jumlah keseluruhannya adalah RM504,800,” maklumnya.

Terang beliau, suntikan kewangan Kerajaan Negeri Kedah kepada SAR di negeri ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kualiti pembelajaran dan memberi motivasi kepada para guru.

Katanya, Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak sangat prihatin dan sering bertanya khabar berkenaan mengenai perkembangan institusi pendidikan tersebut seolah-olah ‘anak emas’ beliau

Malah ujar Ustaz Ahmad, kesungguhan dan keprihatinan Menteri Besar apabila menangani banyak perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah-sekolah agama milik kerajaan negeri iaitu Maktab Mahmud.

“Contohnya status guru yang tidak tetap, kemudiannya diselesaikan apabila diberi status tetap.

“Selain itu, kerajaan negeri kini sedang berusaha mewujudkan Maahad Tahfiz Sains dan ianya merupakan suatu sejarah di Kedah kerana ianya tidak pernah diwujudkan sebelum ini,” terangnya.


No comments:

Post a Comment