Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday, 24 July 2011

......jawapan berhubung masa Sidang DUN Kedah baru-baru ni...

Wajar tambah masa Sidang DUN, tapi ADUN BN perlu diberi kursus

'Sidang Dewan Sejam' menjadi antara isu yang dimainkan pembangkang (BN) berhubung Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini. Mereka menjaja di luar Dewan kononnya kerajaan Negeri takut menghadapi pertanyaan pembangkang.

Hanya empat soalan sempat dijawab dalam Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas baru-baru ini. Kemudian Dewan pun ditangguhkan.

Isu sidang Dewan yang singkat bukan perkara baru. Ia dibangkitkan oleh pembangkang di zaman Almarhum Dato' Fadzil Noor menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah. "Takkan nak bincang masalah negeri hanya peruntukkan masa sejam dua." Ayat yang pernah digunakan PAS sewaktu jadi pembangkang itu, kini digunakan pula oleh BN.


Menteri Besar memulang paku buah keras. "Dulu masa jadi pembangkang kita minta tambah masa, mereka tak bagi, sekarang mereka nak minta pula." Beliau mencadangkan supaya pembangkang menggunakan peluang di Sidang Bajet bulan November nanti untuk 'bercakap panjang' kerana pada masa itu semua ADUN boleh berucap.

Bagi sesiapa yang mengikuti persidangan DUN Kedah, mereka dapat menyaksikan lemahnya pihak pembangkang memahami peraturan Dewan walaupun sudah lebih tiga tahun BN jadi pembangkang. Mereka mencelah dan berhujah sesuka hati sewaktu sesi soalan lisan, macam mesyuarat pakatan pinggan mangkuk.

"Semua wakil rakyat sepatutnya memberi ruang kepada Ahli Exco menghabiskan jawapan bagi setiap soalan terlebih dahulu sebelum membuat soalan tambahan kerana jawapan yang diberikan adalah penting untuk rujukan," katanya Speaker DUN Kedah Dato' Dr. Abd Isa Ismail.

Tindakan beliau enggan memberi ruang kepada wakil rakyat pembangkang bertanyakan soalan tambahan disebabkan kebanyakan mereka bukan serius dalam mengemukakan soalan tambahan, di samping terlalu banyak soalan tambahan yang diminta. Mereka lebih terarah hendak memberi syarahan.

Mengikut peruntukan, mana-mana wakil rakyat yang tidak puas hati dengan penjelasan mana-mana Ahli Exco Kerajaan Negeri dan menganggap jawapan mengelirukan mereka boleh mengemukakan usul tergempar meminta Ahli Exco berkenaan dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan.

Sekiranya usul itu disokong semua ahli dewan maka Jawatankuasa berkenaan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Exco berkenaan termasuk larangan masuk ke dalam dewan.

Dalam keadaan lemahnya pihak pembangkang memahami peraturan Sidang DUN, wajarkah masa soal jawab ditambah? Wajar, sebab ini mesyuarat untuk bincang masalah negeri tetapi dengan syarat pembangkang hendaklah diberi kursus memahami peraturan Dewan terlebih dahulu.


'Penyelewengan' peruntukan jalan

Antara perkara yang dipertikaikan pembangkang ialah jawapan berhubung soalan asal Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) yang ingin tahu 'penyelewengan' peruntukan jalanraya seperti yang didakwa oleh seorang menteri terhadap kerajaan negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato' Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, Kerajaan Negeri menjelaskan bahawa tiada penyelewengan yang berlaku. Kerajaan negeri menerima RM147,535,242.00 pada tahun lalu dan sebanyak RM54,355,763.00 dibelanjakan bagi tujuan penyelengaraan 168 batang jalan raya seluruh daerah dalam negeri Kedah. Bermakna ada lebihan kewangan.

Memang dalam mana-mana sistem kewangan perbelanjaan tidak boleh melebihi peruntukan tetapi haruslah dibelanjakan dalam lingkungan bajet.

"Perbelanjaan tidak sama dengan perolehan atau penerimaan kerana perbelanjaan adalah mengikut bajet yang diluluskan oleh Sidang Dewan," jelas Menteri Besar.

Tambahnya lagi, kerajaan sekarang hanya meneruskan proses sebagaimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran dahulu. Itu jawapan yang tepat terhadap soalan tambahan pembangkang, kemana lebihan wang tersebut dibelanjakan?Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pernah mendedahkan kepada media antara 'penyelewengan' kerajaan negeri sekarang ialah guna duit tersebut untuk bina jalan kampung. Di zaman BN pun sama, tidak semua peruntukan pusat untuk jalan negeri digunakan untuk jalan negeri. Lebihannya mereka gunakan untuk pelbagai perbelanjaan mengurus negeri. Bezanya, apa yang dibuat oleh PR semuanya haram dan halal jika dibuat oleh BN.

Peruntukan penyelengaraan jalan oleh Kerajaan Pusat diberi kepada semua negeri termasuklah negeri Kedah adalah berdasarkan syarat-syarat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dahulu. Ia adalah geran wajib berdasarkan kepala atau jumlah kutipan cukai yang dikutip dari Kedah. Itu hak negeri bukan wang ehsan dari Pusat.

Dalam isu 'penyelewengan' peruntukan pusat, tamsilannya mudah saja: Kerajaan Pusat sendiri menetapkan bajet untuk penyelenggaraan jalan raya. tetapi mereka tidak berbelanja lebih dari bajet. Adakah penyelenggaraan jalan bersumberkan jumlah kutipan cukai jalan yang dikutip dari rakyat jelata semata-mata sebab namanya pun 'cukai jalan'? Kalau duit cukai jalan hanya untuk penyelenggaraan jalan, mengapa kerajaan tak asingkan kutipan cukai jalan? Mengapa belanja mesti ikut bajet juga tanpa memperdulikan jumlah kutipan cukai jalan sama ada lebih atau kurang dari peruntukan bajet?

Kadang-kadang jawapan kena diberi dalam bentuk soalan. Supaya mereka tidak menuding jari terhadap perkara sama yang mereka sedang lakukan atau pernah lakukan.

Maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah standard (walaupun tidak dinyatakan) iaitu: bagi BN apa yang dibuat oleh PR semuanya haram dan halal jika dibuat oleh BN.

http://kedahla.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment