Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah

Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday, 26 July 2011

MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

Malaysiakini
  • MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.
"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.
Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.
Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.
"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.
Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan
Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.
Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.
Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “ terorisme agama ” dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.
Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".
Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.
"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.
'Tolak juga fahaman tak demokratik'
Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ( kiri ) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.
"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?
"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.
Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.
Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.
"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.
"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.


Posted by penerangan pas kedah at 11:25
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Carian

Warta Rasmi Kerajaan Pakatan Rakyat

  • Warta Kedah
  • Buletin Kerajaan Kelantan
  • Buletin Selangor Kini
  • Buletin Mutiara Pulau Pinang

Laman Pimpinan

  • Mursyidul Am PAS
  • Presiden PAS
  • Ketua Penerangan PAS Pusat
  • Anwar Ibrahim
  • Lim Kit Siang

TV alternatif

  • Urusetia Penerangan Kedah
  • TV Selangor
  • TV Pas
  • Media Rakyat
  • MKini TV
  • Buletin Online
  • Kelate Today
  • Terengganu kini



Koleksi Ucapan Dasar Presiden PAS

  • Muktamar PAS ke-57
  • Muktamar PAS ke-56
  • Muktamar PAS ke-55
  • Muktamar PAS ke-54

Langgan e-paper Harakah edisi cetak

Langgan e-paper Harakah edisi cetak

Kuliyyah Tok Guru

Koleksi kuliyyah Ustaz Ahmad Yahaya-Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Klip perjuangan 60 Tahun PAS

free counter
free counter

Pautan

  • PAS PUSAT
  • DEWAN ULAMAK PAS PUSAT
  • DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
  • DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
  • DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
  • SENARAI PENGERUSI LAJNAH PAS PUSAT

Senarai J/kuasa Dewan & Badan Perhubungan Pas Negeri Kedah

  • BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH SESI 2011-2013
  • DEWAN ULAMAK SESI 2011-2013
  • DEWAN MUSLIMAT SESI 2011-2013
  • DEWAN PEMUDA SESI 2011-2013
  • LAJNAH PENERANGAN

Pas Kawasan

  • Kulim/Bandar Baharu
  • Sungai Petani
  • Padang Serai
  • Merbok
  • Baling
  • Jerai
  • Pendang
  • Sik
  • Alor Setar
  • Kuala Kedah
  • Kubang Pasu
  • Pokok Sena
  • Padang Terap
  • Jerlun
  • Langkawi

Senarai Adun & Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Kedah



Perlembagaan PAS

Perlembagaan PAS

Tokoh PAS Kedah

Tokoh PAS Kedah

Semakan daftar pemilih

Semakan daftar pemilih

Bloglist Politik Pilihan

  • KERENGGA
    Pengantin perempuan pengsan lihat pelamin buruk - KOSMOWiwin pengsan selepas melihat hiasan majlis perkahwinannya buruk dan kotor. - TikTokJAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia menangis bahkan...
    5 hours ago
  • WartaShubhi
    Tutup blog hidupringkas.com dan kumpulkan semua penulisan di jasduit.com - Bermula bulan Jun ini, saya tidak teruskan lagi menyara domain hidupringkas.com. Bermakna domain itu akan terkubur sehinggalah ada orang lain yang ambil al...
    1 day ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...
    8 months ago
  • Kedah La
    ETCサービスご利用者様へ大切なお知らせ - ________________ ETCサービスをご利用のお客様へ: インフォメーションMAIL ________________ 平素よりETC利用照会サービスをご利用いただき、誠にありがとうございます 今日、ETCに支払情報が変更されたことが発見しました 本人操作確認するため為、一時使用制限を...
    2 years ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS
    2 years ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI - Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan menganjurkan Pr...
    3 years ago
  • Biaqpila
    LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...
    5 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan - KUALA LUMPUR 30 Julai - Selepas mengguris perasaan orang Melayu dengan ucapan yang mengandungi sentimen perkauman tanpa mengambil kira sensitiviti rakya...
    6 years ago
  • KedahLanie
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya.. - untuk makluman kami sudah berpindah ke rumah baru.. sila bookmark link kami yang baru di : http://KedahLaniie.blogspot.my [image: https://blogger.google...
    6 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...
    7 years ago
  • :: albanjari online V2 |
    hello blog. - Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar AKHIRAT, DU...
    7 years ago
  • DUNIACACAMARBA
    Alfa Romeo 4C 2014 - [image: Alfa Romeo 4C 2014]
    8 years ago
  • ZAKRI ALI RANGKUTI
    Anak Nik Aziz Sertai Amanah - *Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis maka...
    9 years ago
  • JALAN PULANG
    Penangkapan Artis NM dan PR atas Kasus Prostitusi - Dunia selebritis kita kembali dihebohkan dengan kasus prostitusi artis setelah sebelumnya terbongkar kasus prostitusi artis yang melibatkan model majalah...
    9 years ago
  • Era Pasca ...
    PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...
    9 years ago
  • shalehudin
    Inexpensive Bedroom Makeover Ideas - I accept a baby bedchamber and charge to makeover it by abacus accessories, lamp, rug, blind and wanna adumbrate those annoyed affairs of cable. I aswell d...
    10 years ago
  • TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
    Lagi Pencalonan Untuk TG Hj Abd Hadi Dan Tuan Ibrahim - PRESIDEN PAS DISAMBUT TARIAN SINGA KUALA KRAU: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan sahaja kekal dicalonkan sebagai Presiden untuk ses...
    10 years ago
  • maemahi.blogspot.com
    Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....! - Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi ...
    10 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes?? - [image: exist] Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu Bekas penyanyi kumpulan *Ezad Exist* ditahan polis tengah hari tadi kera...
    10 years ago
  • zorro-unmasked
    A MESSAGE FOR ALL - Dear Friends and members Clamouring for the Almighty The ‘Allah’ controversy rages on relentlessly in this beloved land of ours, wreaking havoc to the very...
    11 years ago
  • Penerangan Pemuda PAS Kedah
    - *Ulama Teraju Kebangkitan* *Segi Tiga Emas titik kebangkitan Islam di Asia Tenggara* Oleh *IZWAN ABDUL HALIM* izwan@harakah.net.my Pengaruh ulama tura...
    12 years ago
  • wartamaya
    Antara madet dan setan - Cer citer .. hang pilih sapa?
    12 years ago
  • al-brangi Online
    UMNO.....taktik rempuh bawa padah - Walau pun PAS pernah memecah kubu UMNO di Terengganu sekitar tahun 60an tetapi tumbang semula dalam masa tak sampai dua tahun. Selepas itu UMNO nampak s...
    16 years ago
  • Addin
    -
  • Fakulti Siyasah Syar'iyah
    -
  • Malaysiakini
    -
  • Detikdaily
    -
  • ADA AKU KESAH??
    -
  • Malaysia Today - Your Source of Independent News
    -

Feedjit

Siaran Langsung TV Pas Kedah


Live video for mobile from Ustream

Rayuan Sumbangan Untuk Fakir Miskin

Rayuan Sumbangan Untuk Fakir Miskin
KEDAH SEJAHTERA,Nikmat Untuk Semua
Bersama Mempertahankan Kemenangan

Buku Jingga Pakatan Rakyat

Open publication - Free publishing - More buku

Popular Posts

  • AHLI JAWATANKUASA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH SESI 2011-2013
  • Umno jangan londeh seluar sendiri

Blog Archive

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.