Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Thursday 28 July 2011

PKWR lancar Zon Wifi percuma

images/stories/copy of ucapan perasmian yb phahrolrazi.jpgPENGKALAN KUNDOR, 26 Julai 2011 – Penggunaan internet untuk mengakses maklumat merupakan salah satu ciri masyarakat yang berfikiran jauh di hadapan. Dahulunya, maklumat disebarkan melalui akhbar, majalah, radio dan television tetapi sekarang semua maklumat boleh diperolehi di hujung jari sahaja.

Menyedari kepentingan penggunaan internet dalam kehidupan harian, lebih-lebih lagi kepada golongan muda, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Pengkalan Kundur telah mengadakan Pelancaran Zon Wifi Percuma yang dirasmikan oleh ADUN Pengkalan Kundor, YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Dalam ucapan perasmian tersebut, beliau berkata, kemudahan internet tanpa wiyer ini dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang inginkan perkhidmatan internet.

“Kemudahan ini kita sediakan untuk semua yang berminat tetapi saya merasakan golongan mudalah yang lebih menggunakannya kerana mereka lebih ke hadapan dalam soal-soal sebegini.

“Kita sediakan kemudahan wifi secara percuma cuma perlu bawa laptop sendiri sahaja,” ujarnya di hadapan kira-kira 200 orang hadirin.

Sambungnya, pihak PKWR akan berusaha menyediakan lima laptop tambahan kepada pengunjung yang tidak mempunyai laptop sendiri. Katanya lagi, komunikasi yang lebih luas dan menyeluruh boleh digunakan melalui internet. Melaluinya, kita boleh berhubung melalui tulisan, suara dan gambar.

“Kita boleh berhubung secara terus dengan orang yang berada di luar negara, boleh berbincang secara lansung tanpa kita berada di tempat tersebut. Bukan itu sahaja, bil-bil atau penghantaran wang pun kita boleh menggunakan internet.

“Beli barang, jual barang, semuanya boleh guna internet. Penggunaannya luas dan menyeluruh dan sebab itulah kita sediakan perkhidmatan wifi percuma agar masyarakat boleh mendapat manafaatnya di sini,” terangnya lagi.

Selain itu, kuliah-kuliah agama akan dipancarkan secara langsung untuk menarik minat semua lapisan umur bersama-sama merasai kemudahan tersebut.

Dalam usaha memperluaskan lagi zon wifi percuma ini, beberapa tempat telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut, antaranya di Simpang Empat, Kota Sarang Semut, Taman Seri Kota dan Simpang Kuala Kedah.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menggunakan kemudahan tersebut bolehlah mendaftar di pejabat PKWR Pengkalan Kundor. Waktu operasi bermula 8.30 pagi hingga 10.30 malam dan dipantau oleh jawatankuasa PKWR mengikut jadual yang disediakan.

Sempena majlis pelancaran tersebut, Phahrolrazi turut menyampaikan kafalah kepada 22 penerima dari DUN beliau. Majlis diadakan di Dewan Al-Amin, PKWR Pengkalan Kundor.

1 comment:

  1. salam..saya tinggal di kampung sungai dedap,dekat kawasan kota sarang semut.sangat susah bg lepasan matrikulasi mcm saya untuk update mengenai pendidikan.semasa lepas SPM tahun 2010 saya tidak begitu update mengenai kemasukan ke universiti.saya bernasib baik mendapat panggilan kedua ke matrikulasi.saya berharap tindakan dapat diambil bg kemudahan kampung saya.kerana untuk memiliki broadband ,tidak semua yang mampu..terima kasih..

    ReplyDelete