Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Thursday 21 July 2011

Sambutan 10 Tahun Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum(KIDU)



Kolej Islam Darul Ulum akan menganjurkan Majlis Konvokesyen Kali Ke 10 bermula dari 28 hingga 30 Julai 2011 (Khamis hingga Sabtu). Pelbagai acara menarik telah disusun atur oleh pihak urusetia penganjuran.
Majlis ini akan dirasmikan oleh
YB Dato’ Haji Mohamed Taulan Bin Mat Rasul, 28 Julai 2011. Antara program yang telah dirancang dan akan diadakan adalah Pertandingan Dalam Dewan melibatkan pertandingan pidato, kuiz, sajak, nasyid, tilawah dan hafalan. Manakala acara padang pula melibatkan pertandingan bola sepak 8 sebelah, gusti lengan, tarik tali, sepak raga bulat dan memasak. Pertandingan ini akan disertai para pelajar sekolah-sekolah agama seluruh negeri Kedah terdiri sekolah-sekolah di bawah pengurusan HESA, SAR dan Maktab Mahmud. Pada sebelah malam, majlis ini akan diserikan dengan kuliah maghrib oleh penceramah-penceramah terkenal. Selepas isya’, akan diadakan Ceramah Perdana yang akan menampilkan pimpinan utama PR. Antara yang dijangka hadir ialah YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak (Menteri Besar Kedah), YB Dato’ Haji Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena), YB Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), YBhg Dato’ Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am), YB Dato’ Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan), YB Tuan Haji Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan YB Saifuddin Nasution Ismail (Ahli Parlimen Machang).

Pihak urusetia juga menganjurkan bacaan tahlil dan tadarus 30 juzu’ kepada arwah yang tersayang dengan bentuk jualan kupon dengan bayaran RM 10 untuk satu nama. Selain itu, pihak urusetia mempelawa mana-mana individu yang ingin menyertai skim akikah sempena Majlis Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum dengan harga RM 350 untuk setompok. Tempahan tapak gerai jualan sudah dibuka. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Ustaz Mohd Hanifi di talian 012-5642132

No comments:

Post a Comment