Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Thursday, 11 August 2011

Alhamdulillah...padan dgn slogan..Kedah Sejahtera,Nikmat utk semua..

 p/s - Slogan BN pulak..BN Menang,Kedah Senang....senang apa???pimpinan Umno senang..buat maksiat senang...sapu duit rakyat senang..pendekata mcm-mcm senang lagilah...dulu masa BN perintah 50 tahun..Kedah tak senang lagi kot??

Pengusaha patuhi peraturan pusat hiburan di bulan Ramadhan

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/enakmen%20hiburan.jpgALOR SETAR - Semua pusat hiburan di Kedah mematuhi peraturan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan, kecuali untuk pengunjung bukan Muslim.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Paduka Haji Basir memberitahu wartawan pada sidang media selepas majlis pelancaran OSC Online Majlis Bandaraya Alor Setar.  

“Ini kerana sejak semingu lalu tiada premis dikesan melanggar peraturan ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pengusaha pusat hiburan,” ujarnya.

Sementara itu, kafe siber, pusat bowling dan snuker dikeluarkan dari kategori 13 jenis hiburan yang terkandung dalam Enakmen 1997 sebaliknya diklasifikasikan sebagai pusat riadah atau bukan pusat hiburan.

Menurutnya, walaupun Enakmen 1997 sudah lama diwartakan namun jawatankuasa  masih boleh membuat beberapa kelonggaran mengikut keadaan semasa dan situasi asalkan tidak menyalahi peraturan sedia ada.

“Kita beri kelonggaran ikut situasi bagi pusat hiburan di Langkawi dengan syarat diadakan di tempat tertutup, melibatkan hotel dan  resort berikutan ianya dikunjungi oleh pelancong asing dan bukan Islam.

“Pusat hiburan di Langkawi tertakluk di bawah Enakmen 1997 dan perlu mematuhi syarat lain termasuklah tidak membenarkan premis berkenaan dikunjungi orang Islam sepanjang bulan Ramadhan,” katanya.

Menurut Rasli, penguatkuasaan dijalankan oleh pihak Polis, Pejabat Daerah dan Pejabat Agama. Selain Langkawi daerah lain yang juga mempunyai pusat hiburan yang banyak ialah Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim.

Menurutnya,  pengeluaran lesen hiburan adalah dibawah kawalan Pegawai Daerah selaku jawatankuasa pelesenan daerah, namun setiap daerah diberi kelonggaran menggunakan budi bicara untuk menangani masalah itu di peringkat daerah berkenaan.

Walaupun Enakmen 1997 sudah lama diwartakan namun jawatankuasa masih boleh membuat beberapa kelonggaran mengikut keadaan semasa dan situasi asalkan tidak menyalahi peraturan sedia ada, katanya.

Pada 13 Julai lalu Menteri Besar  Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang beroperasi di bulan Ramadhan di Kedah, tertakluk kepada Enakmen 1997.

“Ianya  bukan polisi baru diperkenalkan.  Kerajaan Negeri mahu undang-undang itu dikuatkuasakan semula tahun ini berikutan Enakman 1997 yang terpakai sejak pemerintahan dahulu tapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya,” ujar Azizan sebelum ini. 

No comments:

Post a Comment