Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 2 August 2011

Musim pemimpin masuk hospital...doakan semua cepat sembuh

Kesihatan Menteri Besar bertambah baik

ALOR SETAR, 2 Ogos 2011 – Keadaan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dilaporkan stabil setelah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas setelah dinasihatkan doktor untuk berehat.
Menurut Pengerusi  Jawatankuasa Kesihatan, YB Dr. Ismail Salleh, keadaan Azizan bertambah baik sejak semalam dan mampu berbual dengan tetamu.
“Beliau membuat rawatan awal di Kedah Medical Centre (KMC) sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan susulan di IJN.
“Beliau menjalani prosedur angiogram dan dimasukkan ke wad untuk pemantauan berterusan,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, kemungkinan Azizan akan berehat daripada aktiviti rasmi kerajaan negeri antara satu dan dua minggu dan buat masa ini, semua majlis rasmi yang dijadualkan untuk beliau akan diwakili Exco.
“Beliau masih memerlukan pemeriksaan rapi dan pemantauan. Walau bagaimana pun pihaknya tidak perlu lantik Pemangku Menteri Besar kerana tempoh berehat beliau tidak melebihi 30 hari,” terangnya.
Beliau juga mengharapkan Azizan akan segera sembuh dan dapat menjalankan tanggungjawab seperti biasa.





KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan, melalui pembedahan “arthoscopic” di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.
Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit, katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.
“Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut,” katanya.
Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini, dan beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.


No comments:

Post a Comment