dipetik dari Sinar Harian
Najib komited tangani isu pengundi hantu
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau juga komited menangani isu pengundi hantu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) antara aspek ditekankan pembangkang selama ini.
Menurutnya, sistem biometrik yang akan diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan pembangkang.
Berikutan itu, Najib berkata, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.
“Kita komited mahu lakukan transformasi pilihan raya, kita juga mahu tangani isu pengundi hantu.
“Dengan adanya sistem biometrik kita boleh lakukan,” katanya
.
Sebelum ini, SPR mengumumkan akan menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya, namun tidak memberi jaminan ia boleh digunakan pada PRU-13.
Bagaimanapun, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang dipengerusikan Datuk S Ambiga tetap mendesak agar SPR menggunakan dakwat kekal bagi menangani isu pengundi hantu pada PRU-13.
Selain itu, Najib juga menyentuh pentadbiran Pas di Kelantan sambil menegaskan Barisan Nasional (BN) boleh menawan negeri itu pada pilihan raya umum 2004 sekiranya diadakan dengan tidak adil.
Beliau berkata, mudah untuk BN memanipulasikan undi, namun tidak mahu berbuat demikian kerana berpegang kepada prinsip pilihan raya bersih dan adil.
“Kerajaan Pas di Kelantan sebelum pilihan raya umum 2004, mereka hanya menang dengan majoriti satu kerusi, jika anda rasa kita boleh manipulasi undi tak mustahil untuk kita dapatkan tiga undi.
“Jika kata SPR tidak telus... tuduh kita manipulasi undi, kita boleh buat tapi kita tidak mahu lakukan,” katanya.
No comments:
Post a Comment