Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 11 October 2011

Apa yang dicari...kepuasan diri....atau merosakkan jemaah....tepuk dada tanyalah iman..

SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan Dewan Muslimat Negeri Kedah


Malaysia merupakan negara ke -7 terbesar akaun Face Book dan Tweeter. Sejumlah 5.5 juta pemegang akaun Face Book pada tahun 2011 dan jumlah tersebut meningkat kepada 10 juta pada tahun 2011. Antara golongan teramai meminati ruang maya ini termasuklah golongan muda dan pertengahan.

Face Book merupakan satu medan tanpa had dan kawalan untuk menghebah, berkongsi, berinteraksi mahu pun berurus niaga sesama rakan. Selain ingin menambah kenalan atau mengumpul  kenalan lama, ianya juga menjadi sumber maklumat terkini yang tidak dapat diperolehi dari media cetak atau sumber-sumber lain.

Tidak kurang juga, para pendakwah, ahli politik serta aktivis parti menggunakan ruang terbabit untuk menyampaikan ilmu, maklumat, risalah , berkongsi idea dan lain-lain untuk kepentingan ramai.
Secara tidak langsung, banyak faedah yang diperolehi  serta maklumat dapat disampaikan terus dalam satu masa yang singkat, cepat dan tepat.

Oleh itu, aktivis-aktivis parti khususnya Pakatan Rakyat digalakkan membuka akaun Face Book  dalam usaha menyampaikan maklumat kepada orang ramai, menjawab tomahan musuh serta menyebarkan kebaikan Pakatan Rakyat, selain menyiarkan kezaliman dan ketidakadilan pihak musuh. Oleh itu, kita digalakkan meramaikan kenalan lebih-lebih lagi kenalan tempatan agar maklumat yang diperolehi dapat dikongsi bersama untuk pengetahuan umum.

Selain yang bergerak melalui parti, ada juga yang bergerak secara individu atas nama penyokong Pakatan Rakyat, tidak kiralah samada PAS, KeAdilan mahu pun DAP. Kadang kala, mereka ini lebih kehadapan dan ‘advance’ dalam memberi komen dan tidak kurang pula memberi hujjah bernas apabila berinteraksi dengan penyokong BN dan UMNO.

Hasil dari laman maya yang terbuka serta tanpa sempadan ini, secara tidak langsung membuka minda masyarakat dan memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui berita-berita yang tidak disiarkan di media arus perdana, lebih-lebih lagi mengenai kejayaan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung ianya juga boleh meraih sokongan dan simpati dari mereka.

Walau bagaimana pun perlu diingatkan, apa saja komen dan maklumat yang disebarkan  tanpa kawalan ini kadang kala boleh menimbulkan natijah sebaliknya. Biasanya, komen atau kenyataan yang mewakili parti akan lebih cermat dan menjaga imej parti itu sendiri tetapi berbeza dengan komen dan kritikan mewakili indvidu atau persendirian. Walau pun secara umumnya mereka merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat namun terdapat segelintir yang terlalu agresif dan lebih kepada mengikut hati sendiri apabila mengeluarkan komen-komen serta kenyataan.

Pergunaan kata-kata kesat seperti babi, haram jadah, pelaq, anak haram serta gelaran-gelaran mengejek seperi Pak Sembab, Najis atau lain-lain sepatutnya dielakkan demi menjaga maruah dan adab kita sebagai pendokong parti berteraskan Islam dan keadilan. Mungkin kita akan berkata, kenapa BN/UMNO boleh sewenang-wenangnya menggunakan kata-kata kesat dan gelaran-gelaran tidak baik kepada pemimpin Pakatan Rakyat sedangkan kita tidak dibenarkan melakukannya. Secara umumnya, pemilik akaun Face Book kebanyakannya dari golongan terpelajar dan intelik selain dari para pelajar, golongan muda, remaja yang minda mereka boleh memberi penilaian sewajarnya dalam sesuatu hal. Jangan biarkan mereka melabelkan penyokong dan aktivis Pakatan Rakyat ini tidak ada akhlak dan rendah moral. Kita sendiri perlu ujudkan ‘gap’ antara tulisan penyokong BN/UMNO dan Pakatan Rakyat.

Dalam hal mengkritik pemimpin sendiri, perlu juga diingatkan, jangan kerana ingin meletakkan diri seperti zaman pemerintahan Saidina Omar Al-Khatab, kesannya merugikan jemaah dan menimbulkan syak kepada orang yang baru berjinak-jinak dengan Pakatan Rakyat. Tidak salah mengkritik pemimpin tetapi kena faham dan tahu cara yang terbaik. Wajarkah kita menghebahkan keburukan dan kelemahan pemimpin kita di Face Book dan secara tidak langsung boleh dibaca oleh kenalan kita yang datangnya dari pelbagai latar belakang.
Apa untungnya kita ? Kepuasan? Dan mendabik dada memaklumkan aku jaguh tidak mengira siapa. Di mana adab dan akhlak kita dengan pemimpin? Di mana letakkan tarbiyyah yang kita dokong selama ini?

Pemimpin silih berganti, ianya boleh diganti untuk jangka masa yang ditetapkan. Tetapi jemaah dan pegangan kita tidak boleh bertukar ganti. Kritiklah pemimpin di medan yang sesuai seperi muktamar, ijtimak, mesyuarat atau hantar memo melalui parti kepada President atau Pesuruhjaya. Itulah tandanya kita sayang kepada pemimpin dan jemaah. Kita boleh nyahkan pemimpin kita yang nyata menyeleweng tetapi biarlah mengikut cara yang betul dan yang telah ditetapkan oleh parti.

Jangan kerana inginkan kepuasan hati, kita merugikan jemaah. Kalau musuh menghentam pemimpin kita, itu perkara biasa tetapi andai kata ahli serta penyokong sendiri melakukan sedemikian itu perkara luar biasa. Tentulah ‘orang di atas pagar’ akan berkata….

“ Ahli mereka sendiri tidak suka mereka, macamana kita perlu sokong mereka. Kalau macam ni parti mereka baik kita tak payah pilih dan ikut mereka”.

SIAPA YANG UNTUNG DAN SIAPA YANG RUGI
FIKIR-FIKIRKANLAH.....

1 comment:

  1. betul....so, moral of the story...kpd semua pimpinan jgn sewenang-wenangnya atau mudah-mudah melakukan kesalahan...ahli yg ramai tak mgkn boleh ditutup semua mulut, tapi pemimpin yg sedikit itu perlu lebih bijaksana dalam perilaku dan pekerjaan

    ReplyDelete