oleh : Penerangan PAS kedah |
Penerangan Pas kedah merasakan inilah kegagalan pihak kerajaan UMNO/BN untuk membuat kajian yang terperinci tentang sesuatu perkara tetapi lebih kepada POLITIK berbanding kebajikan rakyat.Sebagai contoh lain,apabila DS Najib digambarkan makan tengahari Menu 1Malaysia dan membayar dengan harga RM3.00,sedangkan hakikatnya harga yang sepatutnya dibayar adalah RM6.00,maka riuh semua media dan menteri pengampu menyatakan beliau hanya ingin mencuba kualiti menu tersebut(kesilapan yang dibuat ialah gambar menunjukkan beliau membayar RM3.00 makanan tersebut di kaunter).Berbalik kepada isu produk di kedai 1Malaysia yang dimonopoli oleh Mydin,sepatutnya ruang untuk mencari kelemahan kajian haruslah ditutup serapatnya tetapi mereka terlupa bahawa pesaing seperti Carefour,Tesco,Giant dsbnya juga inginkan pasaran yang sama.Maka kepada Pakatan Rakyatlah mereka mengadu dan memberi maklumat.Perlu diingat,Mydin telah menerima sebanyak RM1 Billion(seperti yang dilaporkan) subsidi bagi menjayakan program kedai 1Malaysia maka sepatutnya harga barangan yang ditawarkan haruslah lebih rendah dari mana-mana pesaing...Apapun,bagi penduduk di Kampung Temangi,Weng,Padang Sanai dan yang sama waktu dengannya...rasanya tak kisah tentang harga produk yang dijual d kedai 1Malaysia ni. samalah macam DS Rais Yatim nak pasang WIFI kat perkampungan orang asli masa PRK Galas tempohari....Rasanya cukuplah setakat ni politik UMNO/BN untuk memperbodohkan rakyat sebab setiap barangan yang dijual di kedai 1Malaysia pun ada tarikh luputnya....berilah peluang mereka(UMNO/BN)berehat dan berlakon menjadi Pembangkang yang baik(seperti di Kedah,PPinang,Selangor dan Kelantan)..Insyallah rakyat dah semakin cerdik berbanding pemimpin UMNO/BN yang pandai tipu rakyat....
No comments:
Post a Comment