Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday, 13 December 2011

Menteri Besar Kedah dikurniakan Darjah Kebesaran tertinggi dikalangan awam di Kedah

Oleh : SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah




Sempena pertabalan KDYMM Tunku Sultan Kedah sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Tunku Sultanah sebagai Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong ke-14, Baginda telah berkenan menganugerah pingat-pingat kebesaran kepada individu-individu tertentu.

Salah satunya, Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Dihormati yang dikurniakan kepada Menteri Besar Kedah yang membawa gelaran Dato' Seri Diraja. Apa yang menarik di sini, Darjah kebesaran berkenaan merupakan yang tertinggi untuk rakyat awam dan YAB Dato' Seri Diraja, Ustaz Azizan Abdul Razak adalah orang pertama yang dianugerahkan Darjah kebesaran tersebut di Kedah.

Ini memberi gambaran kepada kita, walau pun pemerintahan Pakatan Rakyat Kedah baharu sahaja menjangkau 4 tahun namun pengikritafan tersebut melambangkan pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat tempat dihati Baginda.

Selain itu ia juga umpama hadiah kepada pemimpin pertama PAS Kedah yang menerajui gerakan perjuangan Islam dan dari segi politik ianya menggambarkan kewibawaan pemimpin PAS juga layak diberi kurnia Darjah kebesaran setinggi itu.

Kepada pemimpin UMNO/BN khususnya dan kepada ahli-ahli UMNO/BN amnya, tolong celik mata, jangan memandang rendah kepada keupayaan dan kewibawaan pemimpin PAS. Kalau yang bergelar Raja berkenan memberi pengiktirafan sebegitu..kenapa tidak kita yang hanya dari golongan rakyat marhaen.

Jesteru itu, jangan banyak soal atau mencari alasan dangkal mempertikai keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya memerintah Malaysia. Ketokohan, kepandaian, kebolehan,kecekapan bukan hanya ada pada pemimpin UMNO/BN tetapi turut berada pada pemimpin Pakatan Rakyat dan bukan sahaja setanding malah lebih menyerlah dan mengatasi pemimpin UMNO/BN. Malah kewarakan pemimpin PAS atau Pakatan Rakyat jelas tidak dapat ditandingi oleh pemimpin UMNO/BN.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Sembah Tahniah kepada KDYMM Sultan Kedah kerana telah berjaya ditabalkan sebagai Tuanku Agung kali ke-2 dalam sejarah pemerintahan Tuanku. Daulat Tuanku.

    ReplyDelete
  3. apabila sudah terlalu lama memerintah maka mereka mengatakan merekalah yg terbaik utk bangsa dan agama juga negara..menidakkan keupayaan dan kemampuan orang lain..ada ulamak dikalangan mereka pun hanya lebih kpd mendiamkan diri..kurang berani bersuara..kenapa...??..takut tak dapat gelaran Dato' kot..takut kena singkir atau kena gam ke..bila di ketengahkan hukum ALLAH yakni hukum hudud maka dikatakan hudud PAS..walhal hukum hudud bersumberkan kitab suci AL_QURAN...bila ada pemimpinx yg memperlekehkan hukum hudud..dimanakah merekax ini..senyap sunyi..terkini terbit pula tayangan video yg benarx menjijikkan..org melayu bersekongkol dgn non muslim memperlekehkan hukum ALLAH..siap berkopiah putih lagi..kononnya pak haji..aku tak kisahlah kau orang nak mengata partix politik tp bab menghina hukum ALLAH bersama NM tu menjatuhkan marruah kamu dan iman kamu serta agama kamu..apa itu kufur Hukmi..??..ini bukan sembang rakyat..ini sembang syaitan namanya...marah..???..tp fikirkan dalam diri kamu dan segeralah bertaubat...berani ke ulamak muda kita bersuara pada makx haji kita supaya bertudung...balik menunaikan haji bukan makin sadar tp semakin angkuh menunjukkan diri tanpa bertudung..maka setiap orang boleh berkata.."walau aku macam ni pun..tp dihati aku.."..iyalah mak haji..harapx satu waktu nanti..akan hadir juga keinsafan..apapun aku mengucapkan tahniah buat Sultan Kedah dan Permaisurinya kerana buat kali kedua menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia dan tahniah juga buat Menteri Besar Kedah yg dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Seri DiRaja..SESUNGGUHNYA SEGALA PUJI-PUJIAN HANYA BAGI ALLAH.

    ReplyDelete