15 Dis 2011
oleh : Penerangan pas kedah
" Tok Latt ooi...ayaq tang buku lali ja...bukan banjir besar sampai ayaq atas bumbung rumah...tak payah masuk suratkhabaq pon tak pa kot.."
Sebagai hamba Allah atau makhluk-Nya tidak mempunyai sedikit pun kekuasaan untuk menentukan atau memastikan berhasilnya sesuatu rancangan yang telah kita atur, walau serapi manapun kita usahakan.Manusia hanya merancang dan merencanakan sesuatu yang diharapkan,namun, yang perlu diingat ialah keputusan terakhir terlaksananya segala yang dirancang hanyalah ada pada Allah s.w.t.
Firman-Nya dalam surah al-Kahfi ayat 23-24, ``Dan jangan sekali-kali
kamu mengatakan tentang sesuatu: ``Sesungguhnya aku akan mengerjakannya
esok'', kecuali dengan menyebut : `insya-Allah'.''
Perkara inilah yang PPK nak ingatkan UMNO agar sentiasa berlapik dalam berkata-kata umpama kitalah yang berkuasa menentukan segala-galanya.Ketika heboh seketika dahulu mengenai banjir yng melanda Thailand dan dijangka turut melanda Utara Semenanjung,UMNO dengan angkuh dan mendabik dada menyatakan persediaan itu ini untuk menghadapinya. KLIK SINI UNTUK KENYATAAN MUKHRIZ .Umno Kedah Siap Sedia Hadapi Banjir
seolah-olah Kerajaan Negeri yang mendapat mandat rakyat tak tahu dan tidak bersedia untuk berbuat apa-apa bagi mengatasinya.Alhamdulillah,berkat munajat dan doa seperti yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri keatas masjid-masjid termasuk Badan Perhubungan PAS sendiri turut menganjurkan solat hajat dan munajat di semua Markas Kawasan dan Cawangan,banjir besar yang diramalkan berlaku dapat dielakkan dengan izin Allah SWT.
Inilah perbezaan antara UMNO dan PAS dalam menghadapi sesuatu perkara dimana Aktivis PAS amat bergantung kepada ketentuan dan keizinan Allah.Sebab itulah kita boleh lihat dalam PRU dan PRK,sekiranya calon PAS kalah sekalipun,beliau tetap menghadirkan diri ke dewan pengishtiharan kerana sedar semuanya telah ditakdirkan oleh Allah sedangkan UMNO sebaliknya.
Berbalik kepada soal banjir tadi,Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan mengubah ramalan manusia menyatakan berlaku di Utara Semenanjung dengan banjir yang melanda Kuala Lumpur baru -baru ini.KLIK SINI dan KLIK SINI
Jadi kesimpulannya,segala ketentuan adalah hak mutlak ALLAH tanpa perlu buat mesyuarat dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dulu...
...apa ulasan dato tentang banjir di Kuala Lumpur???UMNO Wilayah Pesekutuan belum bersedia hadapi banjir?? Habaq kat Shahrizat,masa ni la kena selak kain bagi tinggi sikit...
No comments:
Post a Comment