dipetik dari blog Dr Khir Toyo... http://www.drkhir.com
p/s : no.1 hingga no.9 x baca pun x apa..baca yg no.10...
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Kisah 3 Menteri
1. Alahamdulillah kita berada dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Semoga segala ibadah dan amal kebajikan kita dilimpahi rahmat dan rahim dari Allah s.w.t.2. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seiring dengan semangat Ramadhan dan Syawal, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada para sahabat pembaca dan pengikut blog ini tidak kira muslim atau apa agama sekalipun jika ada saya tersalah tulis, terkasar sanggahan atau tidak menyiarkan sesetengah komen yang tidak berapa sesuai mahu pun terlepas siar komen yang tidak berapa molek.
Kesalahan dan kesilapan Lampau
3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor sekiranya terdapat kelemahan, kesilapan dan kekurangan sepanjang pentadbiran saya selama lapan tahun dari 2000 - 2008.
4. Sebagai manusia biasa yang bekerja selama 18 jam sehari sudah tentu banyak kekurangan dan juga keterlanjuran budi bahasa yang mungkin menyakitkan hati seseorang.
5. Sebagai Menteri Besar juga pasti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan saya buat. Saya tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang dalam membuat keputusan kerana apa sahaja keputusan yang hendak dibuat selalunya terdapat pelbagai pandangan dan hujahan. Namun sebagai Menteri Besar saya perlu membuat keputusan yang difikirkan baik untuk masa depan negeri biar pun tidak disukai sebahagian orang.
Setinggan
6. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada sebahagian yang belum mendapat penempatan semula yang dijanjikan. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini namun masa tidak begitu mengizinkan kerana berlaku perubahan pentadbiran. Saya hanya berharap pentadbiran sekarang berusaha menyelesaikan isu-isu setinggan yang masih tertunggak ini demi kesejahteraan penduduk Selangor.
7. Saya juga tahu dalam usaha menyelesaikan isu setinggan ini terdapat pihak tidak berpuas hati dan menganggap saya zalim. Percayalah saya melakukan yang terbaik untuk menyeslesaikan isu ini. Saya tidak fikir ada cara lebih baik untuk menyelesaikan isu setinggan yang begitu kronik di Selangor pada tahun 90-an dan alaf baru.
8. Namun kepada mereka yang berkecil hati, marah dan menganggap saya zalim, saya pohon maaf kerana itu jelas kelemahan saya sebagai manusia yang tidak mungkin mampu memenuhi kehendak semua orang.
Kakitangan Kerajaan
9. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri jika ada terkasar bahasa, meninggi suara, mahu pun memarahi saudara/ saudari sekalian semasa di bawah pentadbiran saya lalu.
Kisah Tiga Menteri
10. Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.
11. Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.
12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.
Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.
13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.
15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.
16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.
17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?
18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.
19. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
info....3 orang menteri kabinet yang disyaki..jeng..jeng..jeng..
SENARAI NAMA DAN ALAMAT MENTERI
YAB DATO' SRI HJ. MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian Am : 03-8888 8000 | |||||||
YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian Am : 03-8888 1950 | |||||||
YB SENATOR DATO' PALANIVEL A/L K.GOVINDASAMY Menteri di Jabatan Perdana Menteri, | |||||||
YB SENATOR TAN SRI DR. KOH TSU KOON Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8888 8000 | |||||||
YB TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Aras 13, No. 15, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62654 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8880 3300 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8880 3351 | |||||||
YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tingkat 15, Menara Parlimen, Jalan Parlimen, 50680 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-8888 8000 | |||||||
YB DATO' SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN Menteri Dalam Negeri, Kementerian Dalam Negeri, Aras 12, Blok D1, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8886 8000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 3024 | |||||||
YB DATUK SERI UTAMA DR. RAIS BIN YATIM Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Tingkat 8, Angkasapuri, 50610 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-2282 5333 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2288 8121 Aras 1, Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, 50694 KUALA LUMPUR. | |||||||
YB TAN SRI NOR MOHAMED BIN YAKCOP Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B5, Parcel B, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8888 8000 | |||||||
YB DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Aras 6, Blok E4/5, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62668 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8883 6200/6000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-88836054 | |||||||
YB DATO' SERI HJ. MOHD SHAFIE BIN HAJI APDAL Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Aras 9, Blok D9, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62606 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8886 3500 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 3650 | |||||||
YB DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN Menteri Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi, Aras 18, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5 , 62200 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8870 6000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8870 6266 | |||||||
YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tingkat 15, Blok 10, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Duta, 50622 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-6203 3022 Talian Khidmat Pelanggan : 03-6203 4106 | |||||||
YB DATUK SERI DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Aras 7, Blok C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8885 8000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8885 8905 | |||||||
YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 17, Wisma Sumber Asli, No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62574 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8886 1111 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 1584 | |||||||
YB DATO' SRI DR. NG YEN YEN Menteri Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Aras 18, No. 2, Menara 1, Jalan P5/6, Presint 5, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62200 Putrajaya. Talian am : 03-8891 7000 | |||||||
YB DATUK SERI HAJI NOH BIN OMAR Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Aras 17, Wisma Tani, No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8870 1000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8870 1056 | |||||||
YB DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI Menteri Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 Kuala Lumpur. Talian am : 03-2692 1333 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2071 5070 | |||||||
YB DATO' SHAZIMAN BIN ABU MANSOR Menteri Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya, Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, 50580 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-2711 1100 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2771 4558 | |||||||
YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI Menteri Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Aras 13, Blok E7, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8883 3888 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8883 2504 | |||||||
YB DATO' SRI AHMAD SHABERY CHEEK Menteri Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan, Tingkat 17, Menara KBS, Presint 4, Pusat Penbtadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8871 3333 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8871 3403 | |||||||
YB DATUK DR. S. SUBRAMANIAM Menteri Sumber Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Aras 9, Blok D3, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8886 5000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 5118 | |||||||
YB DATO' SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Aras 13 (Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8882 5500 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8882 5563 | |||||||
YB DATO' SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH Menteri Kewangan (II), Kementerian Kewangan, Aras 11, Blok Tengah, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8882 3000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8882 3969 | |||||||
YB DATO' SERI KONG CHO HA Menteri Pengangkutan, Kementerian Pengangkutan, Aras 7, Blok D5, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8886 6000 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8886 6384 | |||||||
YB SENATOR DATO' SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aras 3, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50515 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-2693 4982 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2693 4074 | |||||||
YB DATO' SRI ANIFAH BIN HJ. AMAN Menteri Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri, Aras 3, Wisma Putra, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62602 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8887 4000 | |||||||
YB SENATOR DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Aras 4, Blok B2, Menara Seri Wilayah, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8889 7888 Talian Khidmat Pelanggan : 03-8889 7955 | |||||||
YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aras 9, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 PUTRAJAYA. Talian am : 03-8888 8000 | |||||||
YB SENATOR DATO' SRI IDRIS JALA Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. | |||||||
YB DATO' WIRA CHOR CHEE HEUNG Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aras 5 Utara , Blok K, Pusat Bandar Damansara, 50644 KUALA LUMPUR. Talian am : 03-2094 7033 Talian Khidmat Pelanggan : 03-2099 240 | |||||||
...hangpa pilih sendiri yang mana patut.....
No comments:
Post a Comment