Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Friday 9 September 2011

kontrak kutip sampah 22 tahun????

dipetik dari BERNAMA
08 September, 2011 20:54 PM
Kerajaan Bayar RM800 Juta Pembayaran Perkhidmatan Setahun Kepada Tiga Pemegang Konsesi

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan akan membayar RM800 juta pembayaran perkhidmatan setahun kepada tiga pemegang konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam swasta bagi tempoh 22 tahun.

Pada 1 Sept, Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dikuatkuasakan dan di bawah Akta baharu itu pengurusan sisa dan pembersihan awam akan diuruskan oleh Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Nasional.

Pemegang konsesi itu ialah SWM Environment Sdn Bhd, Environment Idaman Sdn Bhd dan Alam Flora Sdn Bhd.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung berkata kerajaan telah menetapkan RM8 sebagai kadar perkhidmatan purata standard bagi isi rumah sebulan. Sehingga bulan lepas, kadar tersebut berbeza antara negeri, dari RM2.30 dan RM12.

"Sistem bersepadu bagi pembuangan dan kutipan sampah sudah tentunya menelan kos lebih daripada RM8 tetapi kerajaan tidak mahu rakyat menanggung beban jumlah tambahan itu. Oleh itu, orang awam akan terus membayar kadar biasa yang mereka telah biasa membayar kepada pihak berkuasa tempatan.

"Apa juga lebihan, kerajaan akan menanggungnya, yang berjumlah kira-kira RM500 juta setahun bagi Semenanjung Malaysia, kecuali bagi Pulau Pinang, Perak dan Selangor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pavilion Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia di Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011, di sini.

Di bawah penswastaan itu, Chor berkata, tong sampah sebesar 120 liter akan disediakan secara percuma kepada setiap isi rumah dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata kos membeli tong sampah akan ditanggung oleh pemegang konsesi.

Menurutnya, sekiranya prestasi syarikat-syarikat itu tidak mencapai tahap seperti yang diharapkan, kerajaan akan menamatkan perkhidmatan mereka serta merta.

Beliau berkata kontrak 22 tahun itu akan disemak semula setiap tujuh tahun.

-- BERNAMA

maknanya sampai 2033 baru habih kontrak tu....pandai sungguh UMNO (SWM Environment Sdn Bhd, Environment Idaman Sdn Bhd,Alam Flora Sdn Bhd......semua ada link dgn pemimpin UMNO)meniaga.. kita tengok keadaan kutipan sampah masih lagi di tahap yang sama masa Majlis Bandaraya/Bandaran/Daerah dok handle..cuma uniform pekerja saja tukaq...semakan 7 tahun sekali...tindakan penamatan perkhdimatan serta-merta tu ayat wayang je...dalam tempoh tu kalau servis x ok pun rakyat terima ajelah...mcm INDAHWATER..taik x sedut pun kena caj tahunan...BN MENANG,RAKYAT SENANG....kena tipu..kahkahkah..

No comments:

Post a Comment