Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Saturday 10 September 2011

Kong kali Kong....rakyat juga yang kena...BN menang..Rakyat Senang..kena tipu..

dipetik dari blog Malaysian Insider

Kad prabayar: Kabinet bincang cukai enam peratus minggu depan, kata Rais

September 10, 2011
KUALA LUMPUR, 10 Sept — Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (gambar) meminta syarikat telekomunikasi menangguhkan hasrat mereka untuk mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna perkhidmatan talian telefon prabayar.
Beliau berkata perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak.
“Masa dan ketika tidak kena sebab tiba-tiba diputuskan begitu,” katanya dipetik Bernama Online selepas menyertai program “Bicara Rakyat” malam tadi.
Beliau berkata syarikat telekomunikasi perlu mengambil kira hak pengguna memandangkan ada syarikat terbabit meraih keuntungan besar sekitar RM800 juta hingga RM1.2 bilion setahun.
Satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi semalam mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk prabayar bermula Khamis depan.
Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.
Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.
Petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan itu kerana ia kini dilihat membebankan rakyat.
Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

Satu perkara yang pelik!!!!cukai perkhidmatan 6% ditentukan oleh KERAJAAN bukan syarikat Telco...camana Najib(Menteri Kewangan) boleh suruh depa sendiri dok kena kaji sebab membebankan rakyat??tapi ayat cover yang biasa disebut "perkara ini akan dibawa kepada perbincangan jemaah menteri pada minggu hadapan sebelum diputuskan sama ada cadangan itu akan diteruskan atau tidak."...hat dok pekena cukai tu sapa yang bincang??JKKKP ka??kalau lagu ni punya Pemimpin dok ada..lu pikirlah sendiri...

No comments:

Post a Comment