Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 20 September 2011

Lembaga Penapis Filem ( LPF) dan FINAS perlu dinasihati.....

Oleh : Sarina Ismail
          Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah


Jangan ambil mudah dan enteng dengan filem-filem mahu pun drama-drama yang disiarkan samada di pawagam mahu pun di television. Nampaknya seperti perkara kecil tetapi ianya membawa kesan mendalam terutama kepada kanak-kanak dan golongan muda.

Dewasa ini, penerbit filem mahu pun drama lebih cenderung menerbitkan kisah-kisah seram, hantu dan mistik. Mungkinkah filem-filem sebegini mendapat sambutan luar biasa dan sangat digemari penonton?

Filem ' Hantu Bonceng ' yang dikatakan berupaya meraih keuntungan RM5 juta selama lima hari dikatakan mempunyai unsur menghina Islam. Persoalannya kenapa perlu mempermainkan  nilai-nilai Islam atau yang lebih teruknya mempermainkan kesucian agama Islam itu sendiri. Contoh seperti kalimah syahadah yang dipermainkan, orang alim digambarkan seperti tidak siuman, gaya hidup bebas dipertengahkan,,,.


Bagi penulis, bukan hanya filem ' Hantu Bonceng' ini sahaja yang mempermainkan atau menghina Islam, malah banyak lagi filem mahu pun drama yang membawa mesej tahyul, kurafat, syirik dan secara tidak langsung boleh memesongkan aqidah. Dialog yang digunakan, langsung tidak mengambil kira akan sensitiviti agama dan  lebih kepada mencari gimik jenaka demi semata-mata menghiburkan penonton tanpa dibatasi haram halalnya.

Penulis pernah menyebut dulu, drama bersiri ' Waris'  secara terang membawa unsur tahyul terang-terangan di mana di dalam drama berkenaan, orang yang telah mati boleh hidup semula dengan bantuan syaitan.

Yang hairanya, samada LPF mahu pun FINAS sendiri kenapa harus tutup mata dengan perkara-perkara sebegini, Begitu juga Kementerian Penerangan tidaklah mengambil sebarang tindakan kepada penerbit-penerbit filem atau drama seumpama ini?

Adalah bagi mereka perkara-perkara ini tidak penting dan tidak salah atau bahaya kepada sesiapa. Yang menjadi mangsa adalah anak-anak bangsa kita sendiri, ' duit habis..habuk pun tak dak', ' masuk angin keluar asap'.


Apakah penerbit filem dan drama sudah kekeringan idea untuk menerbitkan filem/drama yang lebih baik dan bermutu? Kenapa tidak sahaja menengahkan cerita-cerita masyarakat yang kita semua sedia maklum akan masalah anak muda sekarang ini. Pergaulan bebasnya, buang bayi, masalah sosial, melawan ibu bapa dan banyak lagi yang secara tidak lansung boleh membawa pengajaran yang baik kepada mereka.

Ambillah contoh Seniman Allahyarham P.Ramlee, kebanyakan filemnya berkisar mengenai masalah masyarakat, penuh pengajaran. Walau pun setengahnya bercorak komedi tetapi mempunyai makna yang tersirat. Lainlah dengan filem komedi sekarang, lebih kepada lawak lucah dan lawak bodo, langsung tidak ada pengajaran.

Mungkin LPF, FINAS, Kementerian Penerangan berfikiran : ' apa ku kisah'...

Tepuk dada tanya iman...apa nak jadi dengan tanahairku...

No comments:

Post a Comment