Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 21 September 2011

'Semangat Kedah' anak perantauan

Zulkifli Ismail, pelakon drama bersiri kepolisan terkenal, Gerak Khas yang juga Penolong Setiausaha Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Berasal dari Alor Setar, telah 30 tahun menetap di Kuala Lumpur.

Katanya, ini bukan kali pertama beliau hadir dalam program sebegini. Tahun lalu beliau hadir ke majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Petaling Jaya. Malah, beliau juga hadir ke jamuan Aidilfitri di Seri Mentaloon.

Beliau terdorong hadir kerana statusnya sebagai anak Kedah yang dilahir dan dibesarkan di negeri bertuah itu. Ujarnya, wajar untuk beliau hadir ke majlis seperti itu untuk merapatkan silaturrahim dan bertemu sahabat lama.

Katanya, pertemuan sesama orang Kedah membolehkannya melepaskan rindu untuk bercakap loghat Kedah tambahan isterinya bukan orang Kedah dan keluarganya di rumah tidak bercakap loghat Kedah.



 Zuraini Mat Sazan, berasal dari Jeniang dan telah tujuh tahun menetap di Shah Alam.

Kali pertama hadir selain berharap mendapat perkembangan Kerajaan Negeri kedah dari pimpinan Pakatan Rakyat.

Beliau berharap program seumpama ini dapat diteruskan kerana dapat bertemu sahabat handai selain merasakan kemeriahan bersama.




Mohd Reza Hafiz Arshad, berasal dari Pendang.

Merasa teruja hadir kali pertama ke program tersebut dan berpeluang mengenali Menteri Besar secara lebih dekat. Kehadiran beliau juga sebagai tanda sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah.

Akuinya, berdasarkan pengamatan beliau banyak perubahan sedang berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dari aspek prasarana dan sikap kerajaan yang begitu mengambil berat hal ehwal rakyat.

Harap program seperti itu dapat mempereratkan ukhuwah anak-anak Kedah diperantauan dan mendedahkan mereka kepada maklumat negeri Kedah.



Abdul Aziz Hassan, berasal dari Kodiang dan telah lebih 20 tahun menetap di Lembah Klang.

Tujuan kehadirannya disamping mahu bertemu rakan lama, beliau juga mahu mendengar sendiri maklumat dari Menteri Besar. Katanya, banyak maklumat yang ada di media sekarang lebih kepada negatif dan tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Jelasnya, dengan mendengar sendiri maklumat disampaikan pimpinan negeri, beliau mendapat gambaran sebenar. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pimpinan kerajaan sekarang ini yang telah membawa Kedah bertambah baik dari sebelumnya.


No comments:

Post a Comment