Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Saturday 22 October 2011

Konvensyen Membangun Negara Berkebajikan


Oleh Harakah Kedah

ALOR SETAR: Konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan PAS diperjelaskan perincian pelaksanaannya pada Konvensyen Membangun Negara Berkebajikan sempena Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Negeri Kedah, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini pagi tadi.

Pembentangan dan penerangan itu disampaikan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang mengupas pelaksanaan oleh PAS dan Pakatan Rakyat pada ketika ini, perancangan dan cadangan pelaksanaan akan datang serta membuat perbandingan terhadap pelaksanaan oleh BN yang turut mendakwa sebagai kebajikan.

Sesi konvensyen diperkukuhkan dengan pembentangan bertajuk "Negeri Berkebajikan: Perspektif Negeri Kedah" oleh Dato' Ir Amiruddin Hamzah yang mewakili Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Penerangan beliau menjurus perbandingan pelaksanaan konsep tersebut melalui pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah berbanding pemerintahan BN Kedah sebelum ini.

No comments:

Post a Comment