Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 30 November 2011

Isu Salihiah,...Ketua Penerangan UMNO Kedah...ketinggalan....

Oleh : SARINA ISMAIL
          Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah

Pembinaan Plaza Tunku Yakkob yang terbengkalai sejak 30 tahun lalu telah diambil tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Kedah untuk membinanya. Projek yang telah dirancang oleh kerajaan UMNO/BN Kedah tidak dapat disempurnakan dan demi manfaat kepada rakyat terutama kepada golongan peniaga, plaza tersebut menarik minat kerajaan negeri sekarang untuk membangunkannya.

Majlis pecah tanah telah selamat disempurnakan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, pada 14 November 2011 yang lalu.

Bagai dikata, pembangunan plaza berkenaan memberi tamparan hebat kepada UMNO/BN kerana gagal melaksanakannya semasa pemerintahan mereka, oleh itu mereka mencari pelbagai cara menutupi kelemahan mereka dan mencetus isu baru agar kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menangani masalah itu terkubur dan berlalu begitu sahaja.

Pada hari penyempurnaan pecah tanah, sekumpulan pendokong-pendokong UMNO Haprak yang kemungkinan dari kumpulan Perkasam telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pembangunan berkenaan yang kononnya melibatkan  penyerobohan sebuah surau wakaf Salihiah. Mereka berlagak seperti  pecinta agama, penegak Islam, walhal sebenarnya mereka menjerut tengkuk mereka dengan tali yang mereka sendiri sediakan.

YB Adun Bakar Bata, yang terkenal dengan kecetekan pemikiranya, sebaik sahaja pulang sahaja dari Mekah, terus membuat kenyataan, mungkin hendak tunjuk kepada masyarakat dialah ' hero' pembela agama.
Tapi pelanduk selalu lupakan jerat, jerat tidak pernah sekali lupakan. Adun Bakar Bata telah mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa dan secara tidak langsung mempertikaikan kewibawaan keputusan yang dikeluarkan oleh Tunku Sultan Kedah sendiri. Kiranya Adun Bakar Bata boleh didakwa kerana menderhaka kepada Sultan. Oleh yang demikian, mulut Adun Bakar Bata pun bagai terkunci. Bukan sahaja diam seribu bahasa malah berjuta-juta bahasa.

Berbalik kepada persoalan merobohkan surau wakaf Salihiah itu, apakah Kerajaan Negeri Kedah zalim dan tidak berperikemanusian? Adakah Kerajaan Negeri Kedah jahil mengenai status wakaf yang melibatkan tanah mahu pun bangunan? Sebelum menghukum, lebih baik kita teliti dahulu kedudukan sebenarnya.

Surau Salihiah itu bukanlah surau tersergam megah yang menjadi tumpuan masyarakat persekitaran. Ianya hanya berada di dalam bangunan Takaful Ikhlas dan kebetulan di situ tidak ada mana-mana kariah yang menjadi penduduk tetap di kawasan berkenaan. Keluasannya yang kecil dan hanya dimanfaatkan oleh antara 7- 10 orang yang kebetulan bekerja berhampiran dengan kawasan berkenaan. Mengikut kaedah Istidbal, surau tersebut boleh dipindahkan atau diubah kepada satu tempat yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang ramai.

Kerajaan negeri mengambil kaedah Istidbal yang dibolehkan dalam Islam untuk membina surau yang lebih besar menggantikan surau Salihiah tersebut dengan memberi peruntukan sebanyak lebih kurang RM1.48 juta dan mengamanahkan kepada Majlis Agama Islam Kedah untuk mengendalikannya. Surau ganti itu boleh menampung kira-kira 400 orang jemaah.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharum dalam Utusan Malaysia, 29 November 2011 dikira ketinggalan atau lebih senang difahami seperti ' ketinggalan keretapi'. Kaedah Istidbal yang disarankan sememangnya telah diguna pakai oleh kerajaan negeri setelah mengambil kira pandangan dari Majlis Fatwa. Cuma mungkin, Datuk Jamil terlepas pandang atau ketinggalan maklumat.

Walau bagaimana pun, kita mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana pendedahan beliau mengenai kaedah Istidbal itu boleh membuka mata-mata UMNO yang kelam dengan kaedah-kaedah Islam ini. Cuma sukalah kita hendak berpesan, janganlah hanya nampak kuman-kuman ditepi perigi sedangkan gajah menari-nari ditepi mata tidak diambil peduli.

Kita imbas semula kejadian pencerobohan Masjid di Kampung Bujal, Terangganu dalam sekitar 5-6 tahun lalu. Adakah kerajaan UMNO/BN Terangganu semasa itu mengambil kira kaedah Istidbal atau kaedah bedal..

Minta Dato' Jamil Khir ambil perhatian dalam soal ini...

No comments:

Post a Comment