Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 23 November 2011

Kunjung Hormat AJK Dewan Muslimat PAS Kedah Ke Pejabat Menteri Besar Kedah.

Oleh : Sarina Ismail
          Ketua Penerangan Dewan Muslimat  Kedah




Pada 23 November 2011, Ajk Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman.

Rombongan yang diketuai oleh Timbalan Ketua, Dr Rohani Mutalib, mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, di atas kesudian beliau meluangkan masa menerima kedatangan mereka.

Dalam pertemuan hampir 2 jam itu, banyak perkara yang menjadi pokok perbincangan yang di antaranya  penglibatan muslimat dalam program-program anjuran kerajaan negeri. Selain itu, perkara asas menyentuh persiapan piliharaya ke-13 turut dibincangkan terutama dalam usaha mempertahankan kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah.

Beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Negeri Kedah, memuji komitmen muslimat dalam gerakerja jemaah dan bagi pendapat beliau, muslimat merupakan jentera jemaah terbaik berbanding yang lain.

Selain itu, beliau mengharapkan muslimat mengambil peluang yang ada untuk membantu kerajaan negeri merealisasikan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua", di mana hasilnya kebajikan rakyat dapat dibela dan seterusnya imej parti dipandang mulia.

Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah, mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato Seri dan berjanji akan berkerja bersungguh-sungguh demi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah.

No comments:

Post a Comment