Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Monday 21 November 2011

Berjayakah KITA memerintah kedah ?

21 Nov 2011   Isnin
oleh : Penerangan PAS Kedah

 Tengah dok belek-belek Sinar Harian edisi hari ni,terbaca satu berita yang agak menarik iaitu KITA Kedah siap sedia menghadapi PRU-13 ..
  Apa yang PPK maksudkan menarik adalah kenyataan Pengerusi Parti KITA Kedah,sdr Zamil Ibrahim(bukan adik Zaid Ibrahim atau Anwar Ibrahim ) yang berjanji kepada rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir,bil utiliti rumah ibadat semua kaum akan ditanggung sepenuhnya sedangkan kenyataan yang diberi  ialah Parti KITA hanya bertanding 12 daripada 36 kerusi DUN di Kedah.Persoalannya adalah  bagaimana nak mentadbir dengan hanya memiliki 1/3 dari kerusi DUN yang dipertandingkan?PPK tidak bercadang untuk menceritakan tentang kehebatan Pengerusi KITA Kedah yang asalnya adalah seorang peniaga kecil semasa memegang jawatan ketua AMK Kedah tiba-tiba menjadi kaya-raya setelah keluar dari PKR sehingga mahu menawarkan sebuah Rolls Royce kepada sesiapa yang dapat membawa pelaku yang seiras DS Anwar Ibrahim dalam isu Video lucah tempohari.
  Nasihat PPK kepada beliau,ukurlah kekuatan parti sendiri sebelum bercakap mengenai cita-cita yang tinggi sebagaimana semasa beliau memimpin AMK Kedah dahulu....PPK kenal siapa yang berada di keliling beliau sekarang..jadi sebelum rakyat memberi hukuman dalam PRU akan datang,insaflah dan jangan takbur atas kerja buat dalam memporak perandakan parti PKR dahulu .PPK yakin parti PKR Kedah kini semakin matang dan kenal yang mana satu musang dan yang mana satu ayam.. kalau nak jadi pelakon jadilah artis yang akan dikenang kerana bakatnya bukan kerana pandai bodek pengarah....




No comments:

Post a Comment