Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday, 13 November 2011

Kemalangan rombongan SMK Air Merah, Kulim.......masih ada yang belum terjawab.....

Oleh : SARINA ISMAIL
           Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah

Sedih bila kita dengar mengenai kemalangan tragis yang melibatkan pelajar-pelajar SMK Air Merah, Kulim, 10 November yang lalu yang menyebabkan 4 terbunuh dan 5 cedera parah, 22 cedera ringan apabila bas mereka dirempuh sebuah treler di kilometer 382, Lebuh Raya Utara Selatan. Takziah dari kepada semua yang terlibat terutama kepada keluarga mangsa.

Kita tidak menolak kehendak Allah  menyusun sesuatu untuk hambaNya tetapi sebagai manusia kita disuruh mengambil iktibar di atas setiap kejadian. Kita tidak mahu peristiwa yang sama berulang dan terus berulang walau pada hakikatnya kita tidak boleh menolak kehendak yang Maha Esa. 

Apa yang kita lihat, setiap kali berlaku kemalangan yang melibat bas rombongan, express dan sebagainya maka akan keluarlah kenyataan dari pihak tertentu..akan mengkaji..akan mengkaji...seterusnya mengeluarkan undang-undang ini dan itu...dengan harapan pihak yang terlibat mematuhi undang-undang dan kemalangan seperti itu dapat dielakkan..

Tetapi kita harus sedar, sejauh mana undang-undang yang telah ditetapkan dipatuhi dan diterima pakai. Mengenai bas rombongan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah memberi garis panduan tidak membenarkan berlepas pada waktu malam tetapi difahamkan rombongan tersebut telah bertolak pada pukul 12 tengah malam, 10 November. Apabila berlaku sedemikian kenapa pihak PPD berkenaan tidak mahu memberi sebarang komen.

Kita juga hairan kenapa berita yang dikatakan agak sensasi dan mendapat perhatian umum ini tidak mendapat liputan menyeluruh oleh media massa khususnya television. Destinasi rombongan tersebut juga tidak dijelaskan. Mengapa dan bagaimana seorang wanita UMNO boleh terlibat yang kononnya difahamkan beliau menaiki bas yang berasingan. Secara umumnya kita turut bersimpati dengan wanita UMNO tersebut yang dikatakan mahu membantu dan akhirnya beliau turut terkorban.  Tetapi kenapa liputan media massa menyebut secara terus         " Wanita UMNO”.  Apakah makna tersirat disebalik menggunaan perkataan itu seolah-olah memberi gambaran rombongan tersebut bersama dengan mereka.

Kita bukanlah hendak bersangka-sangka, tetapi menjadi teka teki dipemikiran ..apa hubung kait wanita UMNO tadi dengan rombongan pelajar-pelajar sekolah tersebut. Adakah rombongan itu ditaja oleh mereka?...kemana mereka akan di bawa...?..

Terlintas juga dihati , andainya rombongan tersebut datangnya dari pelajar sekolah agama rakyat yang selalu dikaitkan dengan PAS, tentulah kita dapat saksikan...5 hari 5 malam ianya akan dimainkan di media massa. Bermacam-macam tohmahan yang akan dilemparkan, apatah lagi sekiranya ada penglibatan muslimat PAS bersama, tentulah akan dieksploitasikan habis-habisan.." PAS menggunakan pelajar sekolah untuk agenda mereka" dan macam-macam lagi. 

Walau bagaimana pun, kita  berharap mangsa-mangsa kemalangan tersebut haruslah mendapat pampasan sewajarnya dan pihak PPD tidak boleh bersikap lepas tangan atau berdiam diri, pastikan mana-mana pihak yang tidak mematuhi arahan yg telah ditetapkan diambil tindakan serius.Jangan kerana takut kepada "seseorang" perkara tersebut disimpan di bawah karpet atau dibekukan dalam peti sejuk. 

No comments:

Post a Comment