Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 27 December 2011

Dewan Ulama bantu pandu kerajaan, kukuhkan sokongan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Kedah hakikatnya turut berperanan membantu mengukuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah yang diterajui PAS.


Menurut Ketuanya, Sheikh Mohamad Abdullah, Dewan Ulama telah berusaha sedaya boleh membantu kerajaan ini dari aspek memaham dan mendorong kerajaan ini untuk berjalan sebagaimana dikehendaki oleh Islam.

“Antaranya kita menunjukkan usaha sedaya boleh agar tidak terlibat dengan rasuah, supaya memberi kebajikan kepada rakyat melalui bantuan dan penyediaan kemudahan sehingga rakyat merasa mereka mendapat perhatian dari kerajaan.

“Memanglah hasrat kerajaan ini mahu melaksanakan sepenuhnya tuntutan Islam, tetapi setakat dapat dilakukan sehingga sekarang, inilah sebenarnya yang dapat dilaksanakan ketika ini.

“Dengan demikian, Dewan Ulama pula bergerak memahamkan rakyat terutama orang Islam mengenainya apabila mereka tidak dapat melihat secara zahir sedangkan di sana hakikatnya terlaksana tuntutan itu. Kita banyak mengadakan daurah tarbawiyah ke lapangan memberi kefahaman ini,” terang beliau kepada Harakah.

Menjelaskan dokongan golongan agama kepada kerajaan negeri, akuinya tidak semua perkara dapat memuaskan hati mereka.

Perkara itu jelasnya, mungkin kerana melihat pelaksanaan di peringkat awal yang belum berjalan sebagaimana dikehendaki.

“Walaubagaimanapun, insya-Allah kini perkara itu semakin difahami, mereka bersama kerajaan dan menyedari bahawa terdapat banyak halangan. Umumnya, mereka melihat tidaklah kerajaan ini mengabaikan Islam tetapi dikekang faktor halangan,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment