Rozaidi Taib
Penerangan PAS Kedah
28 Dis 2011 Rabu
Saban tahun Kerajaan Negeri Kedah mengadakan program Sambutan tahun baru masihi pada tanggal 31 Disember.Sejak mengambil tampuk pemerintahan daripada UMNO/BN 3 tahun yang lalu,Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak ketinggalan turut meraikannya dalam suasana yang agak berbeza dan tentunya kos yang lebih murah tetapi meriah.Bermula sambutan tahun baru 2009 di Alor Setar,2010 dan 2011 di Sungai Petani,kini penduduk sekitar Kulim dan Padang Serai pula berpeluang bersama-sama YAB Dato Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak dan para Exco Kerajaan Negeri menyambutnya di Dataran Dewan Putra,Kulim.Program yang mendapat kerjasama penuh dari pentadbiran Daerah Kulim dilihat amat bermakna kerana ianya juga merupakan acara kemuncak sambutan ulangtahun ke-10 Majlis Perbandaran Kulim(MPKK).
Antara aturcara yang diatur di sebelah petangnya adalah konvoi bermotosikal oleh para belia menyambut kedatangan pasukan Bolasepak Skuad Pilihan Kedah yang akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Bolasepak pilihan Kulim di Stadium Keladi.Sebelum perlawanan berlangsung,majlis Hi-Tea bersama peminat akan diadakan di persekitaran stadium.
Bagi acara sebelah malam pula,program akan dimulai dengan majlis bacaan Surah Yaasin di Masjid berhampiran anjuran bersama Pejabat Agama Daerah Kulim.Sekitar jam 9.00 malam,persembahan muzik akan didendangkan oleh Pancaragam SM Sultan Badlishah diikuti dengan persembahan Kebudayaan dari Kaum Cina dan India.Acara persembahan pentas kemudiannya akan menampilkan Kumpulan Nasyid Dzil Afnan,nyanyian dan persembahan ilusi dari Amar dan artis utama iaitu Iwan Syahman yang popular dengan lagu-lagu dangdutnya satu ketika dahulu.Di sambut dengan paluan gendang oleh 3 Kaum utama iaitu Melayu,Cina dan India,YAB Dato'Seri DiRaja Menteri Besar yang dijangka tiba sekitar jam 11.00 malam seterusnya akan menyampaikan ucapan perutusan tahun baru 2012.Sebelum kiraan detik 12.00 malam dibuat,Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah akan menyajikan tayangan multimedia berkenaan "Pencapaian Kedah 2011"iaitu pencapian kejayaan dan prestasi Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2011.
Dengan kejayaan sambutan edisi terdahulu,secara tidak langsung dapat menangkis tohmahan dan fitnah dari pihak UMNO/BN yang menyatakan Kerajaan Pakatan Rakyat akan menghalang dan membatalkan hiburan kepada rakyat sebaliknya turut menganjurkannya menurut ketetapan Syarak dan adat budaya.
No comments:
Post a Comment