Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 21 December 2011

Jangan sewenang-wenangnya menggunakan konsep demokrasi dalam parti

Oleh : SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Kedah



Jangan sewenang-wenangnya menggunakan konsep demokrasi yang diamalkan oleh parti sehinggakan boleh menjadi fitnah kepada jemaah.

Setiap ahli parti perlu ingat bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS ialah ingin memartabatkan Islam di muka bumi Malaysia selain menjalinkan kerjasama yang baik dengan pelbagai kaum dan mana-mana pihak yang memperjuangkan keadilan.

Setiap ahli biasa, berjawatan dari cawangan sehinggalah di peringkat pusat mempunyai satu tujuan dan matlamat yang sama iaitu mendaulatkan Islam dan menang di dalam pilihanraya serta boleh membentuk kerajaan. Setiap petugas jentera parti akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat, tanpa mengharap upah, tanpa mengharapkan ganjaran selain dari Allah SWT. Tidak kira masa, wang ringgit, peluh, buah fikiran...semuanya diserahkan bulat-bulat untuk perjuangan Islam.

Tapi tidak semua yang menjadi jentera parti itu mempunyai kefahaman jitu serta ditarbiyyah dan mengikuti usrah. Ada setengahnya bekerja atas dasar semangat, ada juga atas dasar bencikan UMNO dan ada juga kerana sukakan PAS dan ingin bersama PAS. Oleh itu tidak hairan sama sekali, penyokong PAS hatta ahli PAS sendiri mempunyai perangai dan pandangan yang dianggap 'caca merba' namun begitu mereka tetap berada dilandasan perjuangan.

Oleh itu, menerusi dunia tanpa sempadan..maklumat dihujung jari terutama pengguna media baru, facebook, twiter, blog dan lain-lainnya ramai dikalangan ahli PAS melatah tanpa mereka sedari. Mungkin mereka tidak menyedari, komen-komen pedas yang mereka tujukan kepada pimpinan parti khususnya secara tidak langsung membuka pekung di dada dan memberi ruang kepada musuh untuk mencari kelemahan kita. Ada yang berbangga ' atas nama demokrasi' mereka boleh kononnya menegur pimpinan PAS atas sebab-sebab tertentu.

Tetapi sebenarnya mereka lupa, kerana sikap mereka, mereka telah memberi tips kepada musuh untuk mengetahui kelemahan PAS..( kelemahan perkara biasa sebab kita semua bersifat baharu)..apa tidak ada cara lain untuk menegur...atau mungkin boleh menegur tetapi jangan tujukan terus kepada si polan...si polan..lebih-lebih lagi sekiranya beliau mempunyai jawatan tinggi di dalam parti.
Medan berbahas disediakan..ijtimak, muktamar, mesyuarat agong...itulah platform yang paling baik atau adakan sesi dailog..hentamlah semahu-mahunya kerana itu medan kita.

Ada yang mengatakan mereka tidak berpeluang melahirkan ketidakpuas hati di dalam ijtimak atau lain-lainnya kerana mereka tidak diberi peluang...adakah perlu 100 orang yang tidak berpuas hati itu bercakap bagi pihak dirinya sedangkan PAS mempunyai organisasi bermula dari cawangan, kawasan, negeri dan pusat...

Kita bukan mencari kepuasan diri tetapi kita mencari kebaikan sesama kita...sayangilah parti yang kita dokongi kerana ianya bukan untuk sesiapa tetapi untuk sebuah perjuangan yang suci mencari redha Allah.

Oleh itu, fikirlah beribu-ribu kali sebelum bertindak..setiap dua tahun sekali kita mengadakan pemilihan..turunkan pimpinan yang anda rasa tidak wajar berada di tempat itu dengan cara yang sihat..bukan dengan cara menghentam dialam terbuka...

Apakah kita mahu...gelak berderai....musuh sorak bersorai....fikir-fikirkanlah...

No comments:

Post a Comment