Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday, 20 December 2011

JANGAN JADI PENYAMBUNG LIDAH SYAITAN




Isu berkaitan bekas naib presiden PAS Datuk DR. Hassan Ali menjadi topik perbualan panas dalam sehari dua ini. Kisah sebenarnya belum diketahui, ceritanya berbagai versi.
Rata-rata penyokong pakatan rakyat sudah pun sibuk memberi respon dengan pelbagai andaian. Semua media utama milik Umno/Barisan Nasional semakin ghairah memain isu tersebut disebabkan terlampau mendapat reaksi dari pelbagai lapisan. Sehingga ahli diceruk kampung yang tidak ada maklumat yang jelas berkaitan isu tersebut galak memberi respon, ini merupakan satu kejayaan perang saraf Umno/Barisan Nasional dibawah arahan APCO.
Semua penyokong pakatan rakyat tahu, utusan Malaysia, RTM merupakan ibu segala berita-berita fitnah di Malaysia.
Segala berita yang disiarkan bagi memburukan imej pakatan rakyat direka oleh mereka-mereka yang mendapat ilham dari syaitan-syaitan.
Utusan Malaysia hanya layak menjadi penggati tisu dalam jamban, tiba-tiba mengapa kita mengambil berita cipta syaitan, lalu dibawa menjadi topik perbincangan?
Kita jangan jadi penyambung kepada lidah-lidah syaitan.
Akibat teperangkap dengan media talibarut Umno/ Barisan Nasional, secara tidak langsung kita mula lupa isu-isu penyelewengan wang rakyat yang didedahkan oleh ketua audit negara, kita sudah tidak bercakap tentang lembu peliharaan ketua wanita Umno yang menginap di kondominium.
Kita sudah tidak bercakap tentang pendatang tanpa izin yang didaftarkan sebagai pengundi. Kita sudah tidak bercakap tentang pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh hajjah Rosmah, dan bermacam-macam lagi penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Barisan Nasional terhadap rakyat.
Kita lupa tentang wang rakyat yang di beri kepada Sharizat.
Kita tak pandang dah kes penyelewengan FKZ yang melibatkan Lim Liong Sik.
Tentera BN terus memainkan isu sedangkan pimpinan PAS sudah bagi signal "Tiada perbincangan tentang calon didalam mesyuarat PAS".
Bila mesej dah di beri, jangan lah jadi penyambung lidah syaitan. Hadamkanlah maksud disebalik 'arahan' presiden.



- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment