Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 11 January 2012

Bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah sertai PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

JERLUN: Tindakan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan bahawa mereka sudah muak dengan Umno-BN yang cuba memperalatkan para pegawai kerajaan untuk kepentingan Umno-BN, demikian ditegaskan Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar.

Hakikat itu juga ujarnya, membuktikan bahawa ramai pegawai kerajaan telah lama menyokong perjuangan PAS, tetapi hanya mengisytiharkan secara rasmi menjadi ahli apabila telah pencen dari perjawatan.

Beliau menyatakan demikian selepas menerima serahan borang menyertai PAS dari bekas Pengarah Kastam Negeri Kedah, Ishak Ahmad di Kampung Alor Biak, di sini malam tadi.

Tiga bulan lalu, bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dato’ Adnan Ibrahim dan bekas Pegawai Tertinggi TLDM, Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid menyertai PAS dalam satu majlis di Taiping.

Turut menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mahfuz adalah 16 anak muda diketuai oleh Muhamad Maududi Abd Ghani.

Hadir sama berceramah semalam ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ustaz Abd Ghani Ahmad dan Pengerusi KeADILan Negeri Kedah, Ahmad Kassim.




No comments:

Post a Comment