Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday, 26 February 2012

Bencana ribut di Sungai Petani

Oleh : AZMAN AHMAD Ajk Lajnah Penerangan,Dakwah & Media Baru Pas Kedah
SUNGAI PETANI, 26 Feb - Lebih 207 rumah dan surau mengalami kerosakan serta ratusan pokok tumbang dalam kejadian ribut petang Jumaat lepas.

Panas terik disebelah tengahari Jumaat bertukar hujan berserta ribut petir pada sebelah petangnya menjadikannya satu mimpi ngeri kepada penduduk sekitar Kampung Matang Berangan, Pinang Tunggal, Kilang Makau dan Taman Kempas.

Malah ribut yang bermula sekitar jam 4.00 petang tersebut turut melanda beberapa kawasan di Seberang Perai Utara.

Di Kampung Matang Berangan yang melibat kan lebih 150 buah rumah merupakan kawasan paling teruk terkena ribut yang melanda serta meranapkan sebilang besar rumah disitu akibat ditimpa pokok yang tumbang.
YB Haji Abdullah Jusoh
Adun Pantai Merdeka



Adun Pantai Merdeka,YB Haji Abdullah Jusoh melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka (PKWR) mengatur langkah awal dengan menyusun kerja-kerja pembersihan serta mengalih pokok yang tumbang bagi menjaga keselamatan orang ramai terutama kawasan yang melibatkan talian elektrik.

Kerja-kerja bantuan awal digerakkan seawal jam 5 petang dan berakhir sekitar jam 7 malam berikutan terputusnya bekalan elektrik di kawasan terbabit.




Sumbangan tenaga dari sukarelawan PKWR dan Unit Amal serta dibantu tenaga Pasukan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), dan Majlis Perbandaran Sungai Petani, gotong royong membersihkan pokok yang tumbang di teruskan dibawah seliaan MKK kampung terbabit serta PKWR Pantai Merdeka diteruskan pada hari sabtu sejak awal pagi dan berakhir sekitar jam 6 petang.
YB Haji Abdullah yang sentiasa prihatin dengan masalah rakyat

YB Haji Abdullah Jusoh yang ditemui menyeru mangsa ribut tampil membuat laporan Polis dan JKM bagi memudahkan urusan yang berkaitan. Menurut Haji Abdullah lagi, seruan ini juga melibatkan mangsa yang merasakan tidak perlu membuat laporan memandangkan hanya sedikit sahaja kerosakkan yang mereka alami.

“Sekarang mereka kata tidak perlu bantuan, tetapi bila bantuan tiba mula lah timbul isu-isu yang tidak diingini. Walaubagaimananpun, sebarang bantuan akan dirujuk kepada JKM dan disertakan salinan Laporan Polis. PKWR hanya membantu menyelaras danmembersihkan kawasan, “ katanya.

Sementara itu beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan kejadian kali ini merupakan terburuk yang pernah dialami oleh penduduk kampung ini.
Surau An-Nur Taman Kempas

Di Taman Kempas, ribut turut merosakkan sebahagian bumbung Surau An-Nur serta pokok yang tumbang turut merosakkan pagar surau. Selain dari itu beberapa buah rumah turut rosak di Taman Kempas termasuk kenderaan yang di timpa pokok.

Abdul Latif, 43 dari Taman Kempas menceritakan detik-detik cemas ketika ribut melanda. Menurutnya, hujan yang turun ketika itu bukan hanya air tetapi dalam bentuk ketulan sehingga ada yang terpelanting sehingga kedalam rumahnya. Angin yang menderu tiba menjadikan suasana seolah-olah bumbung rumahnya tercabut, namun beliau bersyukur kerana tiada apa yang berlaku.

Menurut Abd Latif lagi, ketika kejadian, hanya beliau dan beberapa orang penduduk sahaja yang ada di rumah memandangkan kebanyakkan penduduk masih bekerja pada hari Jumaat. Beliau serta beberapa orang penduduk berkerjasama membersihkan laluan masuk ke Taman Kempas yang terputus hubungan setelah lebih sepuluh batang pokok disepanjang jalan tumbang.

Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku ketika kejadian.


Petugas Unit Amal sentiasa kehadapan membantu mangsa bencana.Kelihatan juga salah seorang peserta BERSIH 2.0 turut menghulur bantuan.


Sdr Mokhzani(AJK Pas Kawasan Sungai Petani)sedang tekun mendengar kronologi bencana ribut  daripada seorang mangsa warga emas.

Makanan petugas juga disediakan sekadar melapik perut sebelum menyambung tugas membantu mangsa ribut. YB Abdullah Jusoh sedang meraikan para petugas sukarela.

No comments:

Post a Comment