Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday, 26 February 2012

Bohong pun takpa janji suratkhabar laku...

Oleh : Penerangan PAS Kedah |  26 Februari 2012
 
 
 

Alor Setar , 26 Februari 2012 
   Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kedah, Musodak Ahmad hari ini menyelar kenyataan dalam tajuk utama akhbar Berita Harian sebagai tidak berasas dan bermotif politik.
Menurutnya mesyuarat yang diadakan di Kompleks PAS Kedah semalam adalah Mesyuarat Lajnah Politik dan Organisasi  yang telah dijadualkan setiap bulan dan agenda khusus yang dibincangkan adalah mengenai persiapan pilihanraya PRU-13.

"Tidak semua Exco menjadi ahli jawatankuasa Lajnah Politik, antaranya YB Dato' Dr Hamdan dan YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad maka mereka tidak dijemput," ujarnya.

Dato' Phahrolrazi Zawawi, katanya, sedang bercuti, manakala Dato' Amiruddin sudah maklumkan tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di Kuala Lumpur dan Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir dengan bersebab.

"Jadi tak timbul dakwaan Ustaz Azizan diboikot," tegasnya.
 
Sehubungan itu beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan yang tidak berasas itu.

No comments:

Post a Comment