Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 21 February 2012

PAS Kedah sasar 20 kerusi menangi PRU13

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: PAS Kedah mensasarkan untuk merampas sekurang-kurangnya lima kerusi Dun daripada lapan kerusi yang gagal dimenangi dalam Pilihan Raya Umum lalu serta mempertahankan 16 kerusi dimenangi ketika ini, demikian ditegaskan Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin.

Pun begitu katanya, jentera pilihan raya PAS perlu menyedari bahawa Umno-BN juga berusaha untuk merampas kerusi dimenangi terutamanya di Dun yang PAS hanya menang 1,000 undi ke bawah.

Beliau berkata demikian pada Majlis Taujihat PRU13 dan Penyampaian Hadiah Bilik Gerakan Terbaik serta Insentif Daftar Pemilih di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini baru-baru ini.

Tegasnya, Dun-dun berkaitan jangan rasa selesa dan perlu lihat sejarah yang pernah berlaku di Terengganu.

Menurut beliau, berdasarkan analisa dibuat mendapati antara faktor besar kekurangan undi dan kalah di satu-satu Dun adalah disebabkan Pengundi Luar Kawasan (PLK) tidak pulang mengundi.

Oleh itu katanya, PLK sangat penting untuk PRU13 ini dan pihak Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri sedang berusaha memastikan setiap pengundi ini pulang mengundi.

“Pertembungan PRU13 ini, jika kita dapat pertahankan kemenangan di 16 Dun dan dapat merampas sekurang-kurangnya lima dari lapan kerusi yang tewas dahulu, Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh PAS akan dapat dipertahankan. Seterusnya kita perkuatkan kemenangan dengan pertolongan Allah,” ujarnya.

Pada majlis itu Ustaz Azizan turut menyampaikan hadiah untuk pertandingan Bilik Gerakan terbaik dan insentif daftar pemilih anjuran Jabatan Pilihan Raya PAS Kedah.

No comments:

Post a Comment