Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday, 12 February 2012

Pelbagai cara nak bagi laku surakhabar...

DAP tidak setuju kempen Pas
Wartawan Sinar Harian
12 Februari 2012
karpal-singh
GEORGETOWN - “DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini,” kata, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.

Menurutnya, pendirian Pas tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum, dan disambut hampir di semua negara.

“DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik.

“Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Malaysia adalah negara mengamalkan prinsip demokrasi,” katanya, di Air Itam, di sini, semalam.

Karpal berkata, DAP kecewa dengan tindakan Pas, satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang menentang sambutan Hari Kekasih setiap tahun.

“DAP menggesa Pas menarik balik pendirian berkenaan sebelum 14 Februari ini,” katanya.

Kelmarin, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Memorandum itu diserahkan Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil kepada Setiausaha Akhbar Menteri, Norazli Noh yang mewakili Rais, di Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur.

Khairul Faizi berkata, Dewan Pemuda Pas meminta Rais mengambil tindakan memantau dan bertindak sekiranya wujud kempen promosi Hari Kekasih menerusi pengiklanan di televisyen, radio dan akhbar sepanjang bulan ini.

Pada 7 Februari lalu, Pemuda Pas menggesa Kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak moral.

Timbalan Ketuanya, Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan perlu menyiarkan iklan anti sambutan itu untuk mencegah umat Islam menyambutnya pada 14 Februari ini.


Oleh : Penerangan PAS Kedah

Sebenarnya,janganlah kita semua penyokong Pakatan Rakyat dok terkejut atau melatah dan komen apa-apa pasal cerita kat atas tu,dalam persefahaman yang terkandung dalam Dasar Pakatan Rakyat tak sebut pun untuk bersatu fikrah dalam hukum-hakam Islam.

Cumanya ,selaku wartawan adakah patut untuk bertanya soal pendirian dan hukum-hakam berkenaan Islam kat Karpal Singh ni...kalau Najib yang dok berlarak sama semasa Thaipusam tempohari dan ditanya kat Karpal tentu dia akan kata hak asasi Najiblah untuk buat benda tu...tapi cuba tanya kat Mufti tentang isu Valentine ni...tentulah jawapannya akan sama macam PAS buat sekarang...tak taulah pulak ada mufti yang sebaliknya..

Jadi kesimpulannya,DAP memang menentang sekiranya PAS berpendirian untuk melarang sambutan Hari Valentine keatas semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama...tapi PAS cuma melarang khusus untuk Umat Islam sahaja tanpa mengira bangsa...sebab tu memo tu dihantar kat Menteri Melayu beragama Islam agar tidak mempromosikan sambutan itu..apa yang kecoh sangat??ke guane??

No comments:

Post a Comment