Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday, 12 February 2012

Wanita UMNO/BN..jangan bermimpi di siang hati....

Oleh : SARINA ISMAIL
          Ketua Penerangan DMP Kedah


Keyakinan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa kekuatan wanita Barisan Nasional (BN) untuk menawan semua Kedah dari Pakatan Rakyat sebenarnya hanya mimpi disiang hari dan seperti omong-omong kosong sembang-sembang kedai kopi.

Jentera Muslimat PAS Kedah tidak sesekali memberi laluan mudah kepada wanita UMNO/BN khususnya di Kedah merampas Kedah dari Pakatan Rakyat. Muslimat PAS akan bekerja bersungguh-sungguh mempastikan Pakatan Rakyat terus menerajui Negeri Kedah walau pun terpaksa berpisah nyawa dari badan.

Kestabilan dan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Kedah sekaligus memberi jaminan hak-hak rakyat akan dipelihara dan kebajikan rakyat akan terus menjadi agenda utama untuk seterusnya.

Apa alasan beliau yang mengeluarkan kenyataan bahawa Negeri Kedah di bawah Pakatan Rakyat tiada pembangunan ekonomi, tiada perancangan, tiada masa depan dan gagal melaksanakan janji pada pilihanraya ke- 12 yang lalu.

Apa yang dia tahu. Dia bukan rakyat Kedah. Tafsiran UMNO hanya melihat pembangunan dari segi material tanpa melihat dari segi spiritual, itulah sebabnya semakin maju maka semakin banyak rasuah dan salahguna kuasa dilakukan.

Rakyat Kedah lebih memahami dan merasai apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam usaha membantu rakyat. Kebajikan dan tindakan kepada rakyat yang tidak dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN Kedah dahulu sebenarnya sudah cukup memberi gambaran bahawa UMNO/BN Kedah dulu gagal membantu rakyat dan membela rakyat. Keuntungan balak yang menunjukkan peningkatan sehingga RM80 juta setahun pada penghujung 2011 sudah cukup membuktikan ketelusan kerajaan negeri berbanding pada tahun 2007 keuntungannya hanya berlegar sekadar RM8 juta setahun.

Skim Kafalah, Ladang Sejahtera, bantuan am kepada pelajar IPT, anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, OKU dan lain-lain yang perlu tidak mengira agama, bangsa dan fahaman politik terus mendapat tempat dihati rakyat Kedah. Peningkatan bantuan JKM dari RM75 sebulan semasa zaman pemerintah UMNO/BN dahulu ke RM150 sebulan. Menyelesaikan masalah hak milik tanah yang ditinggalkan oleh UMNO/BN dahulu kepada peneroka-peneroka tanah di Kedah. Memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang disisihkan oleh UMNO/BN dahulu serta memberi peruntukan kepada kaum bukan melayu untuk menjalankan aktiviti kebudayaan mereka, semuanya itu tidak pernah dilaksanakan oleh pemerintahan UMNO/BN yang telah mentadbir Kedah lebih dari 50 tahun.

Apa lagi...pembangunan Plaza Tunku Yakkob dan Kompleks Aman Central yang terbengkalai sejak 30 tahun  lalu yang melibatkan beberapa orang Menteri Besar berjaya dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. Malah hutang kerajaan kedah dulu yang berjumlah RM2.3 billion turut menjadi tanggungjawab kerajaan sekarang untuk melangsaikannya.

Pembangunan kampus tetap KUIN di Kuala Ketil mencerminkan kepada kita kerajaan Pakatan Rakyat begitu menjaga hak-hak pendidikan dan ianya jauh sekali dengan sikap UMNO/BN kedah dahulu yang membiarkan kampus KUIN di Alor Setar dibelengu dengan masalah kepadatan pelajar. Malah Universiti Of Tomorrow yang menjadi igauan Sanusi Jonid semasa menjadi Menteri Besar Kedah dulu hanyalah angan-angan yang tidak kesampaian dan menjadi kenyataan.

Jangan lebih kuah dari sudu wahai wanita UMNO. Ingat wahai Shahrizat, sekali anda bertapak memijak bumi Kedah dengan tujuan merampas Kedah dari Pakatan Rakyat, seribu langkah Muslimat PAS akan mempertahankannya...menang dan kalah biar beradat....

Sedangkan masalah NFC yang melibatkan RM250 juta masih belum diselesaikan, diri anda sendiri masih dibelengu masalah..adakah layak untuk anda bercakap merampas sebuah negeri yang mengamalkan pentadbiran secara telus tanpa rasuah dan bersih dari salahguna kuasa.

Untuk Shahrizat...cukuplah anda berfikir untuk lembu-lembu anda dan tak payah susahkan diri untuk memikirkan hal Kedah.

No comments:

Post a Comment