Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday 12 February 2012

Mesyuarat Agung medan kukuhkan parti

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad menyeru ahli PAS seluruh negeri ini menjadikan Mesyuarat Agung sebagai peluang terbaik dalam mengemukakan pelbagai pandangan ke arah mengukuhkan kekuatan PAS.

Katanya, Mesyuarat Agung Cawangan yang akan bermula Februari ini menjadi medan ahli diperingkat akar umbi untuk bersama menyumbang kepada kemajuan parti.

“Ini medan muhasabah dan memastikan parti terus berjalan mengikut perlembagaannya. Bahkan keterlibatan di semua peringkat termasuk PAS Cawangan dalam menunaikan tanggung jawab ini juga perlu dipandang penting.

“Jangan kerana ketidaksertaan kita menyebabkan mesyuarat terpaksa dibatalkan atau menghadapi kemungkinan status PAS Cawangan tidak sah. Usia PAS sudah lebih 60 tahun, maka kedudukan kita harus semakin bertambah baik.

Beliau juga mengingatkan semua ahli untuk berperanan mengaktifkan gerakerja dan program parti kepada semua anggota masyarakat.

Selain itu katanya, kempen menambah keahlian turut perlu dipergiatkan dari masa ke semasa.


No comments:

Post a Comment