Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Monday 26 March 2012

Peranan besar isteri pimpinan PAS


Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Kedudukan isteri kepada suami adalah seumpama makmun kepada imam di dalam solat. Maka sebagai makmum tentu sekali tidak boleh melebihi, membatalkan atau mengeluarkan diri dari imam.

Demikian analogi dibuat Setiausaha PAS Kelantan, Zulkifli Mamat pada Himpunan Nadi Azuwajj yang menghimpunkan isteri-isteri para pimpinan PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini baru-baru ini.

Ujar beliau, isteri perlu mengambil alih peranan suami dalam mendidik anak-anak memandangkan kesibukan suami yang banyak berada di luar termasuk pengorbanan perasaan.

Bahkan katanya, isteri turut berperanan menjadi medium penyampai kepada pihak lain berkenaan agenda perjuangan suami memandangkan isteri adalah tempat paling hampir suami meluahkan hal-hal berkaitan tugasnya.

Malah, isteri-isteri pimpinan PAS juga ujarnya, boleh menjadi kumpulan yang memberi peranan kepada masyarakat melalui kesatuan sesama mereka.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof pula menegaskan, isteri perlu memahami tugas suami selain turut serta turun ke bawah bersama suami membantu tugas-tugasan suami mendampingi masyarakat.

Ujarnya, sebagai isteri kepada pimpinan PAS, isteri perlu peka terhadap tugasan suami dan perkara yang berlaku kepada masyarakat.

Malah hakikat kepada usaha itu ujarnya, isteri bertanggung jawab sama membantu mempertahankan maruah Islam dengan meletakkan kepentingan Allah dan jamaah melebihi kepentingan diri.

Beliau menyeru para isteri mencontohi Ummul Mukminin, Khadijah Khuwailid di sisi Rasulullah yang bukan sahaja berjuang bersama Baginda malah memberi segala hak miliknya untuk membantu meninggikan perjuangan ini.

Hadir sama pada majlis itu adalah isteri Pesuruhjaya PAS Kedah, To’ Puan Faekah Syeikh Hamzah.



No comments:

Post a Comment