Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 27 March 2012

Kemelut tidak jejas sokongan kepada PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

GURUN: Kemelut di Kedah yang diperbesar-besarkan pihak media sebelum ini jelas tidak memberi kesan sokongan rakyat terhadap PAS. Ini terbukti apabila PAS terus menerima penyertaan keahlian, demikian menurut Setiausaha PAS Kawasan Jerai, Muzaini Azizan.

Beliau berkata demikian ketika mengalu-alukan penyertaan 18 ahli Umno diketuai Jamin Abu Seman, 32 di Cawangan Kampung Sungai Rotan , di sini 16 Mac lalu.

Jelas beliau, penyertaan itu juga bermakna PAS terus menjadi pilihan masyarakat dalam mendokong cita-cita perjuangan memartabatkan Islam di negara ini dan memberi mesej bahawa masyarakat kini kekal pada gelombang menolak Umno-BN walaupun parti itu mendominasi tampuk pemerintahan negara lebih 50 tahun.

Sekaligus katanya, menjadi isyarat kepada medan Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang di mana PAS Kawasan Jerai yakin dan optimis gelombang ini akan berterusan dalam memastikan Kedah kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat serta mencerahkan peluang mengambil alih Putrajaya.

Menurutnya juga, penyertaan selepas kemelut itu turut menjadi penjelasan bahawa ahli-ahli PAS kekal bersatu di bawah kepimpinan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Sementara itu, Jamin yang menyertai PAS bersama isterinya mengakui, beliau muak dengan penyelewengan oleh Umno-BN sebaliknya tertarik dengan ketelusan kepimpinan PAS walaupun parti ini penuh kekurangan meterial.

Malah, beliau juga kagum dengan usaha mengatasi kemelut secara baik oleh kepimpinan PAS Negeri.

Dari aspek pemerintahan PAS selaku Kerajaan Negeri Kedah, beliau menjelaskan bahawa PAS telah melakukan banyak usaha untuk rakyat.

Lebih mengagumkannya apabila usaha-usaha itu dilakukan tanpa mengira latar belakang sokongan politik, bahkan PAS juga tidak menjadikan program kerajaan sebagai agenda politik kepartian sebagaimana amalan Umno.


No comments:

Post a Comment