Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Friday 31 August 2012

Betulkan hala sasaran laras senapang

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Anggota jentera penerangan PAS dan Pakatan Rakyat perlu memfokuskan sasaran kepada hala yang sepatutnya iaitulah Umno-BN dan bukannya bertembung sesama sendiri, demikian nasihat Setiausaha Penerangan PAS Kedah, Zulkifli Yahaya.

Menurut beliau, pertelingkahan sesama sendiri yang berlaku kepada para Mujahidin di Afghanistan sebelum ini perlu dijadikan iktibar di mana selepas berjuang hingga mengalahkan Russia, mereka menghalakan peluru kepada sesama sendiri.

Lalu jelasnya, pertelingkahan itu menguntungkan boneka Amerika Syarikat iaitu Hamid Karzai yang mengambil alih negara dengan menjadi Presiden Afghanistan secara mudah.

“Jadi tolong betulkan semula hala laras senapang kita sasarkan kepada musuh, bukannya sesama kita,” ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.

Tegas beliau, maklumat adalah kuasa yang sangat penting dalam mengubah minda dan persepsi seseorang.

Demikian itu, anggota penerangan adalah jurubicara kepada parti dan kerajaan negeri di mana perlu berperanan menyebarkan maklumat yang setepatnya dengan memberikan penjelasan dan kecerahan terhadap sesuatu perkara.

Pun begitu Zulkifli mengingatkan, dalam keghairahan dengan media baharu, setiap penyebaran perlulah dilakukan dengan teliti kerana maklumat tersebut bukan dibaca rakan terhampir sahaja, tetapi seluruh dunia.


No comments:

Post a Comment