Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Friday 31 August 2012

Pelihara akhlak Islam di media baharu

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Setiap bahan yang disiarkan di dalam akaun media baharu itu boleh dinilai umum sebagai mewakili individu berkenaan, demikian pandangan Pengerusi Lajnah IT dan Media Baharu PAS Kedah, Dr Ismail Salleh.

Oleh itu katanya, sebagai orang Islam, adab dan etika mestilah diutamakan termasuk pada medium media baharu.

Akaun itu milik sendiri, mewakili diri kita di mana orang menilai kita berdasarkan apa yang ditulis. Pemikiran kita sebahagiannya pada apa yang kita titipkan dalam tuilisan kita. Akhirnya ‘facebook’ dan blog kita dinilai orang ramai yang kemudian membuat persepsi terhadap kita. Orang akan menilai tulisannya kita itu seperti Utusan atau seperti Harakah?” ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.

Jelasnya, persepsi pembaca terhadap penulis atau pemilik akaun tersebut menentukan sama ada untuk membaca atau tidak bahan disiarkan itu.

Kerana itulah nasihatnya, perlu menjaga penulisan berkenaan hingga tidak menjurus kepada membuat fitnah.

Di mana beliau mengingatkan, fitnah itu bukan semata-mata mengundang dosa, tetapi orang juga menilai diri penulis.

Katanya, penulis juga perlu mengelakkan diri dari berbohong dengan tujuan menarik pembaca sedangkan perkara itu tiada kebenarannya.

“Jadi, akaun kita itu mewakili diri kita, budi pekerti kita dan bahasa kita. Sebagai orang Islam, kita ada adab dan etika. Oleh itu, gunakan bahasa dengan betul dan tidak juga tidak menggunakan media baharu untuk menghentam sesama sendiri,” serunya.

Beliau menegaskan bahawa impak alam maya sangat besar yang perlu dimanfaatkan sebagai medium maklumat penting untuk mengubah masyarakat kepada PAS terutamanya pengundi atas pagar agar mempunyai pendirian tetap dengan maklumat disebarkan.


No comments:

Post a Comment