Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Friday 31 August 2012

Daftar akaun media baharu dengan Jabatan IT

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Semua pemilik dan pemegang akaun media baharu di dalam negeri Kedah yang menggunakan nama entiti PAS diminta segera membuat pendaftaran dengan Jabatan IT PAS Kedah, demikian gesaan Pengarahnya, Azman Ahmad.

Jelasnya, pendaftaran itu sangat penting di mana ia bertujuan mengumpulkan para pengendali media baharu untuk pemantauan dan fokus gerakerja.

“Sama ada menggunakan nama PAS Cawangan, Kawasan, Negeri mahupun Dewan-dewan, sekiranya atas nama entiti parti, mesti didaftarkan,” ujarnya pada pertemuan bersama rakan media baharu di Seri Mentaloon, baru-baru ini.

Tegas beliau, entiti PAS di media baharu bermakna ia menjadi sebahagian jentera penerangan yang perlu mengemukakan siaran berdasarkan maklumat dan disiplin parti.

Ujarnya, penyelarasan penting di mana ketika ini banyak akaun yang terlalu bebas tanpa melambangkan pendirian dan sikap sebenar PAS selain akaun-akaun tidak aktif hingga memberi imej kurang baik.

Demikian itu harapnya, pemilik atau pemegang akaun berkenaan secara sukarela membuat pendaftaran kepada Jabatan IT PAS Kedah supaya persiapan selaku jentera penerangan Pilihan Raya Umum Ke-13 juga dapat ditentukan fokus yang sewajarnya.


No comments:

Post a Comment