Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 7 August 2012


ALOR SETAR: Tema Kemerdekaan Negara Kali Ke-55 bagi Negeri Kedah iaitu “Terus Berbakti” kekal akan digunakan pada sambutan tersebut 31 Ogos depan, demikian maklum Exco Kerajaan Negeri, Ustaz Abd Ghani Ahmad.

Ujarnya, walaupun Sekretariat Pakatan Rakyat mengumumkan “Sebangsa, Sejiwa, Senegara” sebagai tema sambutan berkenaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat, namun kedah tidak dapat berbuat demikian kerana telah diputuskan lebih awal dari pengisytiharan Pakatan Rakyat.



Malah, papan tanda dan publisiti di Kedah telah menggunakan tema tersebut sejak pelancaran Kibar Jalur Gemilang pada 17 Julai lalu lagi.

“Kedah hormati keputusan Sekretariat Pakatan Rakyat yang mengumumkan tema “Sebangsa, Sejiwa, Senegara” pada 1 Ogos lalu. Namun pelancaran tema Kedah dibuat lebih awal dan tidak wajar untuk menarik balik.

“Kita percaya tidak timbul pertikaian untuk menggunakan tema ini kerana hasrat asal adalah untuk memilih tema berbeza dengan Kerajaan Pusat. Kedah kekalkan tema ini kerana sudah diwar-warkan sejak awal, tambahan pula publisiti telah dibuat.

“Paling penting kita berbeza dengan Pusat yang jelas menyelitkan kempen politik BN,” tegasnya.

Menurut beliau, pemilihan tema “Terus Berbakti” itu dicadangkan jawatankuasa induk sambutan dan dipersetujui oleh Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment