Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 7 August 2012

Beza BN perintah 54 tahun...PR 4 tahun dah bagi macam-macam


ALOR SETAR: Pemberian geran milik tanah adalah menjadi hak kerajaan negeri, demikian ditegaskan Menteri Besar, Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.


Pernyataan itu bermakna, hak tanah negeri adalah di bawah bidang kuasa penuh kerajaan negeri dan geran yang dikeluarkan adalah sah sebagai perakuan pemilikan.

Beliau menerangkan perkara tersebut berikutan hasutan dan fitnah pihak tertentu kepada peserta Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini yang mendakwa kononnya geran dikeluarkan kerajaan negeri tidak sah.

“Contohnya Felda Bukit Tangga, terdapat peserta tidak hadir ketika kerajaan negeri serahkan geran. Setelah disiasat, didapati peserta percaya dengan tohmahan pihak tertentu kononnya geran itu tidak sah kerana tiada tandatangan Perdana Menteri,” ujar beliau kepada media baru-baru ini.

Maklumnya, daripada 374 peserta Felda itu yang layak menerima geran tanah, hanya 105 peserta sahaja hadir menerima.

Selain di Bukit Tangga katanya, kerajaan negeri juga telah mengeluarkan geran tanah kepada 1,249 peserta dalam skim Felda sejak tahun 2008 iaitu di Laka Selatan, Teloi Timur, dan Gunung Bungsu melibatkan keluasan 3,026 hektar tanah.

Menurut beliau lagi, di bawah pentadbirannya sejak dari tahun 2008, sebanyak 143,545 geran tanah telah diluluskan.

“Saya nak perjelaskan, hak beri geran tanah adalah oleh kerajaan negeri. Kalau nak bina sekolah pun kena minta kebenaran kerajaan negeri. Jangan sebab hal ini (membuat tohmahan tersebut) mereka yang lain rugi.

“Ini bukti kita sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat dan menjaga kebajikan mereka. Semua daerah juga diberi hak mengikut keperluan,” terangnya.

No comments:

Post a Comment