Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 2 October 2012

Wujudkan Kursi Ustaz Fadzil Noor



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

POKOK SENA: Kerajaan disaran menubuhkan Kursi Dato’ Ustaz Fadzil Mohd Noor agar gagasan, pemikiran dan pandangan jauh almarhum dapat dimanfaatkan pada kepentingan ummah dan negara, demikian cadang Veteran PAS, Subky Abdul Latif.

Menurut beliau, banyak lontaran almarhum semasa hayatnya memberi nilai kepada kekuatan masyarakat dan negara pada hari ini serta masa hadapan.

Jelasnya, penyelidikan dan kajian terhadap pemikiran Ustaz Fadzil Noor boleh dibuat menerusi ucapan-ucapan beliau yang kini berteraburan dalam pemilikan awam.

Ujarnya, usaha itu boleh dilakukan pihak Institut Pengajian Tinggi dengan mengumpulkan kembali segala koleksi almarhum.

Yakini Subky, lontaran-lontaran almarhum itu hakikatnya saling bersambungan dan mempunyai perkaitan kepada kepentingan ummah dan negara meliputi pelbagai pandangan sama ada berkaitan dasar pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sebagainya.

“Misalnya Kolej Islam Darul Ulum ini, (cita-cita almarhum) mesti berkembang besar seolah-olah ia Universiti Cambridge bagi orang Islam. Pandangan-pandangan beliau mesti dihidupkan. Ahli PASlah yang akan menyambung pelaksanaan pandangan-pandangan itu agar hidup sampai bila-bila,” ujarnya menyatakan contoh pada Wacana Pemikiran Ustaz Fadzil Mohd Noor di Muassasah Darul Ulum, di sini 20 September lalu.

Terang beliau, dengan adanya kursi berkenaan, pengumpulan, penyelidikan dan kajian ucapan almarhum dapat ditingkatkan dari tahun ke tahun dan persembahkan kepada umum.

Subky yakin, jika pun gagasan almarhum tidak sehebat Imam Hasan al-Banna setidak-tidaknya hampir dengan tokoh ulama gerakan Islam itu.

“Misalnya Malaysia ini tidak boleh dipisahkan daripada Imam Syafie. Tetapi perkembangan pemikiran generasi baru turut dimasuki mazhab-mazhab lain. Jadi bagaimana hendak jaga agar segala pandangan dan fikah Imam Syafie itu dipastikan terus hidup. Jadi seperti itulah pemikiran dan pandangan Ustaz Fadzil perlu terus hidup menerusi penubuhan kursi ini,” sarannya.


No comments:

Post a Comment