Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 2 October 2012

Cabul Demokrasi: Jangan sampai rakyat pilih sistem lain



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

POKOK SENA: Umno-BN diingatkan agar tidak mempermainkan sistem demokrasi negara ini setelah rakyat memberikan kepercayaan sebaiknya, demikian amaran Pengerusi Tetap PAS Pusat, Ustaz Abu Kassim Abdullah.

Tegas beliau, sekiranya Umno-BN selaku pemerintah mencabuli sistem demokrasi, rakyat pasti bangkit memilih sistem yang lain.

Beliau berkata sedemikian sebagai membayangkan kemungkinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memilih untuk tidak mengadakan Pilihan Raya Umum bagi mengekalkan kuasa pemerintahannya.

Perkara itu katanya, boleh dilakukan Najib dengan menggambarkan PAS kepada kecenderungan bersifat muwajahah minquwwah yakni berhadapan secara kekerasan, lalu dengan imej itu dijadikan alasan untuk tidak mengadakan pilihan raya.

Darurat ciptaan itu merupakan ‘formula’ yang pernah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad ke atas Kelantan suatu ketika dahulu.

Keadaan ketika itu mengheret kepada penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin.

“Jadi, kena bagi amaran kepada Umno, jangan cabul sistem demokrasi. Rakyat sudah menyokong sistem demokrasi. Kalau kerajaan cabul demokrasi, rakyat akan pilih sistem lain.

“Jaga elok-elok sistem ini. Ambil pengajaran yang berlaku di negara-negara lain,” ujarnya pada Wacana Pemikiran Ustaz Fadzil Mohd Noor di Muassasah Darul Ulum, di sini 20 September.

Jelas Ustaz Abu Kassim, sistem demokrasi masih dihormati rakyat dan parti-parti politik di negara ini di mana Pakatan Rakyat khususnya PAS kekal menerima pendekatan muwajahah silmiyyah.

Secara umum katanya, rakyat negara ini khususnya orang Melayu masih takutkan gertakan dari pemerintah yang memungkinkan ia digunakan sebagai kesempatan dengan memberikan imej buruk kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Pengalaman seumpama cerita beliau, turut dapat dilihat sebagaimana kesan yang berlaku dari Peristiwa Memali.

Katanya, PAS hanya kalah sekitar 800 undi sebelum peristiwa itu tetapi kalah teruk dengan majoriti lebih 6,000 undi setelah BN berjaya memburukkan PAS menerusi kejadian Memali.

No comments:

Post a Comment