Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Tuesday 8 January 2013

#KL12112: TG Salleh Musa ditaklif ketuai Kontinjen 50,000 Ahli PAS Kedah



Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my

ALOR SETAR: Kesediaan tokoh ulama, Tuan Guru Salleh Musa untuk ke Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari ini di Kuala Lumpur menjadi pembakar semangat 50,000 ahli PAS Kedah turut serta dalam himpunan bersejarah itu nanti.

Setiausaha PAS Kedah, Ustaz Musoddak Ahmad berkata, seluruh ahli PAS Kedah yang akan ke himpunan itu menganggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai kontinjen ini.

Ujarnya, tokoh ulama berusia 85 tahun itu telah membuktikan komitmennya dalam menuntut keadilan apabila turut serta dalam himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.

“Kita anggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai seluruh kontinjen PAS Kedah dan kita ambil semangat kesediaan beliau turun untuk menggembleng 50,000 ahli kita turun ke sana,” ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Mobilisasi HKR di Kompleks PAS Kedah, di sini 7 Januari lalu.

Maklumnya, seluruh ahli PAS Kedah akan pergi secara konvoi berkenderaan mengikut PAS Kawasan masing-masing termasuk lebih 200 bas yang ditempah khas.


No comments:

Post a Comment