Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday 17 April 2013

SJK Cina dilarang jemput MB Kedah

Oleh AZAMIN AMIN

SUNGAI PETANI: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min dekat sini telah dilarang untuk menjemput Menteri Besar Kedah Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Razak bagi menghadiri satu program yang dianjurkan sendiri oleh sekolah tersebut.

Program tersebut merupakan jemputan awal sejak sebulan lalu pihak sekolah persendirian itu kepada Menteri Besar Kedah untuk melawat dan menghadiri sesi dialog bersama para pendidik dan ibu bapa pelajar.

Dijadualkan dalam program yang sama, pihak kerajaan negeri akan menyampaikan sumbangan peruntukan khas kepada sekolah persendirian terbabit yang lazimnya dilakukan saban tahun sejak 2009 yang lalu untuk tiga sekolah persendirian Cina sejumlah RM180,000.

Mengikut rekod, sekolah tersebut belum pernah dilawati oleh mana-mana Menteri Besar Kedah sebelum ini, dan Ustaz Azizan bakal menjadi yang pertama sekiranya program itu berlangsung pada 7 April lalu.

Namun, sehari sebelum programn tersebut, pihak sekolah telah mendapat arahan bertulis dipercayai dituju kepada pihak sekolah oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Negeri untuk melarang Ustaz Azizan daripada menghadiri program tersebut.

Menurut sumber yang memaklumkan perkara itu, larangan tersebut hanya bersandarkan Ustaz Azizan merupakan Menteri Besar yang berbeza parti.

(italic)"Berkaitan dengan cadangan Lembaga Persatuan Sekolah Sin Min untuk menjemput Menteri Besar, pihak perhubungan dan Jabatan Pendidikan Negeri tidak dapat bersetuju kerana Menteri Besar berbeza  parti.

"Jadi Puan kena fikir agar  aktiviti yang dirancangkan tidak menggunakan premis sekolah dan  penglibatan guru," (italic) demikian antara petikan arahan yang ditujukan kepada pihak sekolah.

Perkara itu, mengundang kemarahan masyarakat Cina khususnya para ibu bapa dan para pendidik yang berhasrat untuk berjumpa dan berdialog dengan Menteri Besar dalam soal-soal pendidikan dan dasar kerajaan negeri yang sentiasa memberi perhatian kepada semua kaum termasuk masyarakat Cina.

Sumber memberitahu sikap 'double standard' dan 'diskriminasi' yang dilakukan sangat jelas kerana sebelum ini tidak ada arahan melarang mana-mana pemimpin Barisan Nasional yang tidak mempunyai jawatan kerajaan untuk menghadiri, merasmikan atau menyertai program yang dianjurkan sekolah.

"Pemberian RM100 kepada murid sekolah, kebanyakan sekolah dihadiri pemimpin Umno yang tidak ada jawatan kerajaan untuk menyampaikan sumbangan.

"Tidak ada larangan pun malah diarah pula untuk menjemput pemimpin Umno untuk tujuan itu.Ini sangat tidak bertanggunjawab," katanya kepada Harakah.

Pejabat Menteri Besar Kedah ketika dihubungi mengesahkan pembatalan program itu oleh pihak sekolah namun tidak menyatakan alasan yang diberikan.



No comments:

Post a Comment