Pelabur terkejut demo Bersih
ALOR SETAR - Demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu mengejutkan pelabur Jepun kerana mereka sama sekali tidak menyangka perhimpunan itu boleh berlaku di negara ini yang politiknya dianggap stabil.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dibangkitkan pelabur berkenaan sewaktu kunjungannya ke negara itu dua minggu lalu selain mereka turut menyuarakan kebimbangan mengenai pelaburan mereka di negara ini berikutan demonstrasi itu.
“Mereka bertanya sama ada demonstrasi jalanan akan jadi amalan biasa di negara ini kerana ia sudah mula membimbangkan mereka. Saya cuba meyakinkan mereka dengan berkata, ia hanya berlaku sekali sekala dan kerajaan akan memastikan pelaburan Jepun di negara ini sentiasa terjamin,” katanya.
Mukhriz berkata, ada pelabur yang anggap demonstrasi itu tidak masuk akal ke-rana mereka sudah lama mengenali Malaysia dan tahu akan situasi politiknya yang stabil, selain ditunjangi kepimpinan yang baik.
Bagaimanapun, menurutnya, rekod perdagangan dan pelaburan baik melibatkan dua negara masih berupaya mengikat keyakinan pelabur Jepun untuk terus menanam modal di negara ini meskipun keyakinan mereka sedikit terjejas....Nak tanya kat dia....ni sapa dia...
Yang gambaq ataih ni demonstrasi kat mana???lana bulu ka kodiang..????....Pelabur Jepun yang hang habaq tu mai dari mana...???Alaska??Moscow...?? awat la hang merapu lagu tu..harap dahi ja luas....tapi ...*****....jgn buat malu pak hang lah....
No comments:
Post a Comment