Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Sunday 31 July 2011

wuishhh dahsyat.....UMNO ada pakar macam CSI...

dipetik dari utusan online

Misteri 11 doktor Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR 30 Julai - Tindakan 11 doktor dari Hospital Tung Shin di Jalan Pudu mengeluarkan kenyataan mengutuk kerajaan dan mengecam tindakan polis yang disifatkan mereka sebagai ganas menimbulkan banyak persoalan.
Penulis blog, Syed Akbar Ali berkata, baru-baru ini, beliau menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengetahui latar belakang beberapa orang daripada 11 doktor terbabit.
"Menarik, orang yang menghubungi saya adalah bekas ahli aktivis dan ahli politik. Beliau meminta saya menyemak latar belakang beberapa orang doktor daripada 11 individu itu.
"Saya lakukan dan penemuannya agak menarik," katanya dalam blognya di syedsoutsidethebox.blogspot.com.
Syed Akbar berkata, persoalan pertama, adakah 11 doktor itu berada di hospital tersebut secara serentak pada 9 Julai lalu dan jika ada yang tidak hadir, bagaimana nama mereka boleh disenaraikan bersama 11 yang lain.
Persoalan kedua, katanya, mengenai status jawatan 11 doktor itu, adakah mereka doktor sepenuh masa atau separuh masa yang diwajibkan hadir mengikut masa-masa tertentu ataupun berstatus lain.
"Persoalan ketiga, adakah kesebelas doktor itu mengeluarkan kenyataan dengan keikhlasan diri sebagai doktor tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.
"Ataupun kenyataan mereka bersifat bias kerana mereka juga propembangkang, jadi akan menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana dianjurkan oleh parti politik yang disokong mereka," katanya lagi.
Menurut lagi, kecenderungan politik 11 doktor itu juga boleh dipertikai kerana dua minggu sebelum berlakunya Bersih, beliau menjumpai satu kenyataan media oleh Forum Profesional Malaysia (MPF) yang menyokong perhimpunan tersebut.
Empat aktivis dalam MPF yang menyatakan sokongan mereka kepada Bersih katanya, adalah individu sama yang disenaraikan daripada 11 doktor di Hospital Tung Shin terbabit.

....Bro syed akbar...bab ikhlas tu hang serah kat tuhan sudah la..dan bab jadual bertugas tu hang pi rujuk kat bos depa la....kalau  depa nak cenderong belah mana biaq pi kat depa la..DAP ka,MCA ka,PKR ka,Gerakan.PPP..KITA...tapi yang pasti bukan UMNO sebab depa semua CINA...satu lagi kalau persatuan depa nak sokong apa pun tak semesti ahlinya semua setuju...macam Khairy buat tu....macam Marina Mahathir buat tu...tapi aku cadang hang tolong check sijil depa kot-kot sijil palsu ka...,check tengok depa bagi ubat kat patient pon ubat palsu kot.,check tengok MC yang depa keluag pun palsu kot...kalau hang dapat trace semua tu... hang buat sidang media habaq kat 1Malaysia kata Hospital Tung Shin palsu sebab ada doktor palsu dan kenyataan yang depa keluaq semua palsu ....barulah hang glamer dan ada nilai berita..ni dak....tengok muka hang nampak macam cerdik tapi bila hang cakap nampak hang cerdik sikit dari Pak Brahim Ali ja..

No comments:

Post a Comment