Facebook Penerangan Pas Kedah..sila klik SUKA

Wednesday, 18 January 2012

Antara yang sempat ku catatkan.....

Oleh : SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan DMP Kedah



Rumusan ucapan 4 orang pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat


YB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS Malaysia)

1. Hadis nabi ada mengatakan..sekiranya kita disengat untuk pertama kalinya jangan biarkan ianya berulang untuk kedua kalinya. Maknanya orang beriman tidak akan membiarkan terperangkap untuk kali ke 2. PAS tidak sesekali berpakat dengan UMNO untuk kali ke 2 setelah mejalinkan sepakatan buat pertama kalinya sebelum ini.

2. Rampasan kuasa di Perak bukanlah cara Islam tetapi semata-mata mengikut hawa nafsu.

3. Keadilan bukan ditiru dari Eropah tetapi ianya telah termaktub dalam politik Islam. UMNO
mengamalkan politik lain agama lain dan ini bertentangan dengan sunnah nabi kerana terbukti
Nabi Muhammad telah mendirikan kerajaan Islam di Madinah.

Ucapan YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. (President PAS Malaysia)

1. UMNo gagal menghayati perlembagaan walau pun sudah memerintah 54 tahun.

2. Demokrasi yang sebenarnya ialah rakyat menjadi hakim dan boleh menghukum pemimpin andainya
mereka melakukan kesilapan. Tetapi di Malaysia berlaku sebaliknya, prinsip perlembagaan tidak
digunakan dengan betul.

3. UMNO gagal menjadikan Islam sebagai contoh kepada agama lain.

4. Kerakusan UMNO terserlah samada menghentam institusi diraja serta menjahanamkan bahasa melayu.

5. Kemenangan satu amanah dan akan disoal diakhirat kelak. Politik itu bersih sebaliknya orang
yang mengamalkan politik itu sendiri yang mengkotorkannya.

6. Apabila pemimpin dipilih melalui wang maka akan berlaku seperti singa menjaga kambing dan
lembu menjaga padi.

7. Kita semua adalah kuda-kuda pejuang dan bukan diperkudakan atau diperlembukan.


YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ( Penasihat Parti Keadilan Rakyat)

1. Najib harus membuktikan untuk menjadikan Malaysia negara demokratik dengan mempastikan
pilihanraya akan datang berlangsung secara adil dan tiada penipuan.

2. Media-media yang ada seharusnya dijadikan media Malaysia bukannya media-media UMNO/BN. Beri
ruang kepada pemimpin Pakatan Rakyat untuk menjawab atau menjelaskan apa-apa maklumat
berkaitan di media-media arus perdana.

3. Institusi kehakiman, polis, suruhanjaya rasuah, jentera kerajaan harus telus dan berwibawa.

4. UMNO ibarat singa tua yang kehilangan gigi.


YB Lim Kit Siang ( Penasihat DAP Malaysia )

1. Pakatan Rakyat memberi jaminan andainya diberi mandat pada pilihanraya ke 13 bahawa agama
Islam, hak orang melayu dan institusi diraja akan terus dibela disamping hak-hak kaum lain.

2. Mencabar Perdana Menteri mentranformasikan Utusan Malaysia dan jadikan ia " Voice Of
Moderation".

No comments:

Post a Comment