Oleh : SARINA ISMAIL
Ketua Penerangan DMP Kedah
Apa saja program samada peringkat parti mahu pun kerajaan, mereka ini sentiasa kelihatan memberi khidmat kepada para pengunjung.
Tidak kira siang atau malam, panas mahu pun hujan, mereka tetap setia memberi khidmat. Tanpa mereka, kesesakan jalanraya dan parkir akan berlaku. Seawalnya mereka mendahului yang lain gagah menjaga lalu lintas agar menjadi lancar dan tindak mengganggu perjalanan orang lain.
Berbaju merah segak bergaya, digelar tentera merah kerana jasa bakti yang ditaburkan kepada penduduk Johor suatu ketika dulu ketika Negeri Johor dilanda banjir berminggu-minggu.
Itulah pasukan Unit Amal yang slogannya "Beramal Kerana Allah"...barisan tegak berdiri memberi khidmat masyarakat tidak mengira waktu. Di kala musibah melanda, ribut, banjir, tanah runtuh, kebakaran dan lain-lain, mereka inilah tampil dan sanggup meredah kesukaran membantu memberi bantuan awal hingga akhir.
Uniknya mereka ini, bekerja tanpa dibayar upah..cukuplah sekadar untuk menghilang lapar dahaga...walhalnya mereka rela meninggalkan kerja-kerja peribadi serta anak dan isteri...bukan untuk sehari dua malah ada kalanya berminggu-minggu.
Kini, mereka mempunyai pelapis muda yang bakal dididik mewarisi semangat juang kemasyarakatan demi kesimbungan perjuangan mereka yang ikhlas mencari redha Allah.
Anak-anak muda perlu didedahkan dengan pasukan ini kerana aktiviti unit amal sedikit sebanyak dapat membantu golongan muda dari terjerumus ke kancah masalah sosial yang menjadi semakin bejat dan parah sekarang ini. Ibu bapa seharusnya membenarkan anak-anak remaja mereka melibatkan diri dengan pasukan tersebut agar kehidupan mereka lebih terarah serta menanamkan sifat bantu membantu dalam kehidupan.
Ya...ada kalanya mereka ini nampak garang dan bengis, terutama semasa mengendalikan kem-kem yang melibatkan remaja namun sebenarnya itu cara mereka mendidik dengan harapan anak-anak remaja menjadi kuat fizikal dan mental lebih-lebih untuk mengharungi ranjau kehidupan yang semakin mencabar.
Adakalanya mereka menjadi begitu tegas...patuh kepada arahan..tanpa mengira kroni mahu pun pangkat..demi menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Adakalanya mereka menjadi berani, tidak takut berhadapan musuh semata-mata menjaga keselamatan pimpinan dari diganggu musuh dan adakalanya mereka menjadi penyayang tatkala berdepan dengan insan-insan yang menghadapi musibah.
Mereka sanggup menjadi benteng mempertahankan keselamatan umum bila berlakunya demontrasi walau pun mereka juga diserang oleh pihak berkuasa...
Itulah Pasukan Unit Amal yang tidak kering dek panas dan tidak lapuk dek hujan. Walau pun pemimpinnya bersilih ganti namun perjuangan yang dibawa tetap sama dan senada.
Unit Amal...andalah pahlawan PAS...jadilah anda seperti singa disiang hari...dan meratap sedih mengadap Allah dimalam hari...
Tentera Merah tetap gagah...
No comments:
Post a Comment